Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 8, 2011

Azmin: Kurangkan cukai kenderaan untuk ringankan beban rakyat


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mencadangkankan satu penyelesaian bagi mengurangkan beban cukai ditanggung rakyat Malaysia di bawah Dasar Automotif Negara.
Cadangan tersebut akan dibentang pada sidang ekonomi Pakatan Rakyat pada bulan Mac nanti, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Beliau merujuk kepada cukai yang tinggi dikenakan terhadap pembelian kereta oleh rakyat biasa, dalam masa yang sama memberi pengecualian cukai eksais  terhadap kenderaan perdagangan.
“Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan tiga cukai yang dikenakan, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
“Kereta yang paling kecil pun, dibawah 1500 cc dicukai sekurang-kurangnya 70 % cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 % cukai eksais dan 10 % cukai jalan.
“Ini bermakna kereta yang paling kecil pun, yang dijual oleh Perodua dengan harga RM 40 000, sebanyak RM 16 500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.
Azmin menambah, kerajaan Umno BN mengenakan cukai yang tinggi bermula dengan cukai minima 70 % sehingga 145 % bagi kenderaan di atas 2500 cc.
Anggaran kasar meletakkan, sekurang-kurangnya 70 % dari jumlah hutang RM 118 bilion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat adalah untuk membayar pinjaman untuk membayar cukai.
“Ini membuktikan bahawa Umno BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai dasarnya,” jelas Azmin.
Dalam pada itu, Azmin turut mengulas harga rumah yang meningkat menjadi beban, terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.
“Untuk memiliki rumah, mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran banan yang tinggi.
“Bagi kkeluarga yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan, dianggarkan, dua pertiga daripada gaji mereka untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
“Reaksi Umno BN mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat begitu tinggi.
“Umno BN menggalakkan rakyat memanjangkan tempoh hutang mereka dan menambha hutang.Mereka bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa.
“Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar2 baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular