Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 16, 2011

Siapa PM, NR atau RM ?


Ahad Januari 16, 2011
Rosmah Terima Darjah Kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang

KUCHING: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.


Penganugerahan darjah kebesaran itu berlangsung dalam majlis ringkas penuh istiadat di Bilik Istiadat, Astana di Petra Jaya.

Rosmah adalah penerima tunggal darjah kebesaran itu sempena ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri pada 16 Oktober tahun lepas, bagaimanapun beliau tidak dapat menghadiri upacara penganugerahan kerana ada urusan rasmi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua kaum menghadiri upacara tersebut.

Rosmah berada di Sarawak untuk mengiringi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari mulai Sabtu. - BERNAMA

Bila aku baca berita di atas aku kaget kerana Rosmah Mansur dapat anugerah pingat sahaja. Kali ini Sarawak pula yang bagi. Wah..Datuk Amar Bintang Kenyalang!!

Banyak jasa RM kepada Sarawak dan rakyatnya barangkali. RM penerima tunggal pulak tu !! Biasa aku dengar tunggal tunggal ini ibu tunggal tapi kalau kat kampung aku ada jugak babi tunggal. Rupanya RM termasuk dalam kategori tunggal jugak!

Majlis penyampaian pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang ringkas tapi penuh istiadat. PM Najib hadir tapi RM tak hadir kerana ada urusan rasmi! Urusan rasmi di Sarawak? Habis siapa yang mewakili RM menerima pingat itu? Tak kan Taib Mahmud atau Alfred Jabu!

Wah...Najib mewakili RM terima pingat ? Hebat...siapa itu RM? Lebih power nampaknya dari Najib. F.L.O.M ?CHEHH!!!

Habislah Malaysia....Mengikut tulisan laporan BERNAMA itu macam PM Najib mewakili Rosmah yang katanya ada di Sarawak tapi ada urusan rasmi? Macam RM lebih power dan lebih sibuk dari PM. Siapa PM ni ?

So pengundi-pengundi di TENANG perlu sedar PM kamu mungkin bukan lagi Najib tapi kini RM!! Jangan tak tahu!

from GARAMLADA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular