from Ustaz Saiful Bahri
Slogan 1 Malaysia dengan rakyat didahulukan sekali lagi makan tuan. Pemimpin masih mendahulukan bagunan pencakar langit 100 tingkat daripada keperluan rakyat. Kini program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menjadi mangsa. Program berpuluh tahun itu dibatalkan kerana agenda pembangunan negara lebih penting daripada pendidikan rakyat yang miskin dan memerlukan?
Adakah ini menandakan negara kita semakin maju kehadapan atau mundur kebelakang? Adakah ini gambaran negara yang rakyat berpendapatan tinggi? Adakah ini negara yang menggutamakan kualiti? Bagaimana agaknya 2020 nanti???
Adakah ini menandakan negara kita semakin maju kehadapan atau mundur kebelakang? Adakah ini gambaran negara yang rakyat berpendapatan tinggi? Adakah ini negara yang menggutamakan kualiti? Bagaimana agaknya 2020 nanti???
Hasil tinjauan penulis, ramai pihak khususnya ibu-bapa yang miskin merasa kecewa apabila program RMT dibatalkan pada tahun ini. Para guru juga melahirkan rasa terkilan khususnya pelajar luar Bandar yang kebanyakannya dari kalangan orang melayu. Mereka keluar mencari kerja atau ke lading di awal pagi dan anak-anak mereka pergi ke sekolah dengan mendapat makanan yang seimbang. Tetapi kini dikalangan pelajar tersebut terpaksa mengikat perut di samping untuk meneruskan pembelajaran.
Program RMT ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin” (keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak
Antara lain program ini bertujuan membantu murid-murid yang kurang berkamampuan (miskin) mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang sepanjang tempoh persekolahan bermula. Murid-murid yang layak adalah terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6. Matlamat RMT adalah untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dengan memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid bagi membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Dasar Kementerian Pelajaran mengenai program RMT masih lagi diwujudkan tahun 2010 sehingga Julai selama 110 hari persekolahan pertama dengan perbelanjaan sebanyak RM138 juta sudah diagihkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Baki peruntukan kedua RMT sebanyak RM99 juta diberikan kepada semua JPN pada bulan Julai lalu.
Peruntukan tambahan RMT ini diberikan berdasarkan maklumat keperluan peruntukan yang diberikan oleh semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya. Dakwaan yang mengatakan RMT diberhentikan adalah tidak benar.
Tetapi buat tahun 2011 ini… kementerian Pendidikan mungkin sudah tiada peruntukan menyebabkan RMT yang merupakan keperluan khusus mereka yang miskin kini terabai. Sedangkan golongan inilah antara pengundi tegar UMNO-BN. Inikah sikap cakna rakyat yang dicanangkan. Mungkin pemimpin UMNO-BN merupakan dari golongan veteran-veteran dan sudah berusia yang sudah tiada anak diperingkat sekolah rendah dan pasti mereka tiadak merasai beban masalah ini. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang yang semakin teruk… akibatnya rakyat semakin terhimpit…
Bagi pemimpin, cucu-cucu mereka berada disekolah elit dan berasrama penuh dan makan dihotel 5 bintang.. manalah mereka tahu penderitaan dan kemiskinan rakyat diluar bandar. Yang mereka tahu.. apabila dekat pilihanraya golongan ini dirasuahkan agar mereka terus menerus berkuasa dan mewar-warkan slogan membantu rakyat. Hakikatnya mereka kaya-raya, rakyat merempat menderita. Apa penyelesaiannya???