Salam kepada semua rakyat Tenang dari Sdr Anwar, x dpt hadir, urusan mahkamah dgn peguam.
PRK DUN TENANG - DS ANWAR BOIKOT CALON PAS?
CALON PAS di dalam PRK Dun Tenang telah diumumkan secara resminya malam tadi oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang. Pengumuman calon telah dilakukan dengan dihadiri oleh semua pimpinan tertinggi PR iaitu DS Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Lim Kit Siang dari DAP.
Di mana DS Anwar selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang malam tadi? Saya mendapat maklumat ketidakhadiran DS Anwar disaat-saat akhir malam tadi telah pun dimaklumkan kepada semua yang hadir di dalam majlis malam tadi oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menghadiri perbincangan dengan para peguamnya sebagai persediaan menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang bermula pagi tadi. (Lihat Tweeter DS Wan Azizah dibawah)
Semenjak bila DS Anwar boleh mencatur pemilihan calon dari parti PAS? Di dalam PAS, Presiden sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon kerana PAS menggunakan Majlis Syura untuk memuktamadkan sesiapa yang dipilih sebagai calon mewakili PAS. Tidak masuk akal langsung DS Anwar boleh mempengaruhi PAS bagi menentukan calon yang dikehendaki oleh Ketua Pembangkang ini. Saya percaya, DS Anwar dan pimpinan DAP amat yakin dengan sesiapa sahaja pilihan yang ditetapkan oleh PAS kerana parti Islam ini terbukti begitu berdisiplin dan teliti di dalam menentukan calonnya.
Tuduhan yang dibuat oleh mereka bahawa terdapat ketidakpuasan hati DS Anwar dan juga PKR terhadap PAS hanyalah semata-mata untuk memulakan perang `psikologi' mereka. Terdapat dakwaan kununnya PKR tidak boleh memasuki kawasan pengundi Melayu juga merupakan helah untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR. Sudah tentu di dalam mana-mana Pilihanraya, mesti disusun strategi yang efisyen dan PAS juga tentunya mempunyai strategi mereka. Di dalam PR, tiada istilah bertindak sendirian kerana selama ini kita berjaya adalah kerana penyatuan kita. Tidak hairanlah jika pihak musuh ingin memecahkan penyatuan ini dengan berbagai cara./wfauzdin.blogspot.com

»
Salam kepada semua rakyat Tenang dari Sdr Anwar, x dpt hadir, urusan mahkamah dgn peguam.
Namun, ada usaha untuk memecah belahkan kerjasama di antara PAS dan PKR bagi menghadapi PRK ini. Sebuah laman web pro Umno di dalam mengulas ketidakhadiran DS Anwar malam tadi adalah kerana Ketua Umum PKR ini memprotes calon yang dipilih oleh pimpinan PAS. Laman web ini menyebut, " Menurut maklumat yang diterima Anwar Ibrahim melakukan protes beliau kerana PAS tidak mengikuti apa yang telah disarankan oleh Anwar Ibrahim." (Umno-reform2).