Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 19, 2011

Maahad Tahfiz terbakar, mohon dana bantuan


http://www.wartakedah.net/images/bakaq.jpg 
ALOR SETAR: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, terbakar pagi 16 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.

http://www.wartakedah.net/images/bakaq2.jpg 

Pengetua Maahad, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, ketika ditemui memberitahu kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.

"Kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM150,000," katanya.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh turut melawat tempat kejadian dan menyumbangkan dana kerajaan negeri kepada pihak Maahad bagi meringankan beban yang ditanggung para pelajar.

"Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu juga menyalurkan bantuan makanan, derma dan kemudahan asas kepada mereka.

"Saya menyeru kepada yang bersimpati dan orang ramai yang prihatin supaya dapat menyalurkan bantuan segera kepada mereka," katanya yang juga Adun Alor Mengkudu.

Di samping kebakaran itu, dana juga boleh membantu pembinaan asrama pelajar yang masih tergendala akibat kekangan kewangan.

Sehubungan dengan itu, Pengetuanya mengalu-alukan sokongan bantuan orang ramai yang boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di nombor 02011010080175 di bawah nama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah dan Mohd Rodi juga boleh dihubungi di talian 019-5455285 untuk keterangan lanjut. from KedahLanie.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular