Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 16, 2011

KTM: SPRM Ambil Kenyataan 17 Individu





Difahamkan, 15 daripada 17 individu terbabit merupakan kakitangan KTMB termasuk pegawai kanan syarikat itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, bagaimanapun, kesemua mereka bukan suspek kes berkenaan sebaliknya diambil keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan
.
Katanya, selain merakam keterangan, pihaknya turut mengambil beberapa dokumen penting.
"Kita telah merakam percakapan mereka sejak awal minggu lalu sehingga semalam secara berperingkat-peringkat.

"Siasatan ketika ini masih berada di peringkat awal," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada Selasa lalu melaporkan, SPRM melakukan dua serbuan di Ibu Pejabat KTMB di sini bagi menyiasat dakwaan pemberian tender mencurigakan bernilai jutaan ringgit.

Kedua-dua serbuan itu dilakukan sejak akhir bulan lalu bagi mendapatkan dokumen mengenai tender menyusun semula sistem tiket di kesemua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang.

Tender penyusunan semula tiket itu didakwa diberikan kepada syarikat yang tidak 'berkelayakan' dengan bidaan RM85 juta walaupun terdapat syarikat lain menawarkan harga yang lebih rendah.
Dua syarikat tersebut dikatakan menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta

from Pendapat 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular