BERITA 13
(Ugut-ugut ni biasa je dlm Umno..siap pemimpin tertinggi lagi berani diugut..)
Shahrir dedah terima SMS ugutan politik
JOHOR BAHARU 26 Okt. — Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dua minggu lepas.
Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta UMNO Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.
“Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dan dikenakan tindakan,” katanya tanpa menamakan siapakan dua ahli politik yang dimaksudkan itu.
Sumber: Bernama
BERITA 14
(Bukan setakat memakihamun parti lawan, memakihamun sesama sendiri pun biasa je bagi Umno...)
Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Tinggi kecoh dengan ‘tongong’ dan ‘bangang’ antara dua kumpulan
Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.
Kekecohan itu berlaku sebelum mesyuarat dimulakan dengan rasmi, sebaik ketua bahagian itu Datuk Seri Syed Hamid Albar selesai memberikan ucapan perasmian.
Kata-kata kasar digunakan oleh golongan yang berbeza pendapat sehingga memaksa Syed Hamid naik semula ke pentas merayu agar perwakilan tidak menggunakan apa yang dipanggilnya undang-undang hutan.
Kekecohan itu berlanjutan lebih kurang 40 minit dengan panggilan ‘tongong’ (bodoh) dan ‘bangang’ digunakan oleh kumpulan-kumpulan berbeza.
Mesyuarat perwakilan bahagian itu memang dijangkakan panas berikutan ketidakpuasan hati sebahagian perwakilan terhadap keputusan penggantungan keahlian beberapa pemimpin bahagian setelah disabitkan dengan rasuah politik oleh lembaga disiplin Umno.
Sumber: mStarOnline
Sumber RuangBicaraPriaMalaya
from Era Pasca