Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 10, 2011

Keluar BN: Bekas ahli Umno bahagian Tenom sertai Parti Keadilan Rakyat Sabah


UMNO/BN SEMAKIN DITOLAK DI PEDALAMAN

BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka.

Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak ‘mengena’ di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.

Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.

"Maka kerana itulah, rakyat kini bertekad untuk beralih arah kepada PKR dan Pakatan Rakyat kini telah bertekad untuk mendambakan nasib mereka kepada kepimpinan PKR dan PR. Inilah peluang rakyat yang terakhir untuk merubah Kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, jika rakyat benar-benar mahu merubah nasib masa depan mereka," tambah Halik lagi.

Mengakhiri ucapan beliau, Ketua Cabang PKR itu mengalu-alukan lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli UMNO/BN dalam PKR dan beliau berjanji PKR tidak akan sama sekali mengulangi kesilapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO/BN. Para pemimpin PKR akan membuat contoh yang berkualiti dalam memimpin Negara dan rakyat Malaysia. - Sabahkini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular