Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

KAWAN SALIM PUTERA REVOLUSI SUNGAI PAHANG


Salim

1.       Nama asalnya Awang Derus bin Mat Kassim, nama perjuangannya Salim

2.       Lahir di Kampung Kerinau, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Pahang

3.       Beliau mempunyai 5 orang adik beradik, 3 diantaranya menyertai revolusi  bersama Rejimen Ke-10.

4.       Sebelum darurat, beliau menyertai pertubuhan patriorik di bawah PKMM dan PKM, menjadi anggota API, PETA, bertugas mengutip derma, menabur siaran memperluas pengaruh perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.
5.       20 Jun 1948, berundur ke hutan mengelakkan diri dari tangkapan penjajah dan bergabung membentuk pasukan gerila. Beliau  bertugas memimpin regu penyusun massa di kampung Kerinau, Paya Pulai dan Batu 5.

6.       Pernah memimpin unit produksi membuka ladang untuk menambah perbekalan pasukan.

7.       Tahun 1950 ditugaskan memimpin unit penyusun massa di Kampung Puchong, Bohor, Batu Papan, Batu Bor, Karai dan Kuala Teriang. Pernah diserang oleh kumpulan parang panjang di Kuala Teriang.  

Hasnah
8.       Awal tahun 1953, ikut serta dalam perjalanan jauh Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ikut serta dalam regu mencari makanan hutan untuk pasukan. Ketika ini makanan pasukan hanya bersandar pada makanan hutan seperti sayuran liar, daun-daun, buah-buahan hutan, binatang dan ikan. Di Ulu Kinta, beliau ditugaskan menyertai regu pimpinan Abu Samah menyusun massa di Kawan Sungai Siput. Dalam masa yang sama beliau juga ditugaskan menyusun massa Orang Asli dan berburu binatang.

9.       Dikawasan sempadan bertugas sebagai regu pengawal, pernah mengiringi Rashid Maidin ke perundingan Baling pada tahun 1955.

10.   1961 bertugas memimpin regu penyusun massa di Kampung A (Kuala Kail) Daerah Banang Star, Yala. Di samping beliau juga memelihara seekor gajah untuk memunggah perbekalan pasukan. Ketika diadakan Sekolah Parti Pertama Utara Malaya di Kawasan Rejimen Ke-10, Kawan Salim memberikan sumbangan penting mengusahakan perbekalan pasukan.

11.   Beliau bertemu jodoh dengan seorang pemudi bernama Hasnah dari Kampung Kuala Kail yang menyertai revolusi selepas sekolah parti pertama Utara Malaya.

12.   1968 bertugas memimpin unit produksi di kawasan sempadan, menanam sayur, ubi dan lain-lain untuk pasukan

13.   1973 ditugaskan dalam Pasukan Penggempur Ke-14, sebagai salah seorang anggota pengarah, bergerak di kawasan Ulu Kelantan. Pernah banyak kali mengarahkan pertempuran melawan kempen kepung basmi tentera kerajaan Malaysia.

14.   1976, setelah pasukan penggempur Ke-14 diperintahkan pulang ke kawasan sempadan, beliau ditransfer ke Pasukan Penggempur Ke-15, menjadi salah seorang anggota pengarah di pasukan tersebut. Dalam masa yang sama beliau juga memimpin regu produksi di kawasan berhampiran garisan sempadan Perak-Thailand.

15.   Beliau meninggal dunia kerana sakit pada 21/11/1989.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular