Oleh : M.ISMAIL
SEMALAM PAS telah mengumumkan Normala Sudirman sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan dengan kematian penyandang kerusi itu sebelum ini, Datuk Sulaiman Taha akibat jangkitan kuman dalam darah tinggi dan kencing manis.
Normala atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Mala’ telah meninggalkan profesion perguruannya pada tahun lepas kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas parti.
Sementara itu, BN pula akan mengumumkan calon pada 19 Januari ini, seorang ahli perniagaan iaitu Haslinda Salleh antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN di Tenang.
Haslinda yang juga berasal dari Chaah dilihat mampu memberikan jaminan kemenangan untuk BN selaku Ketua Wanita UMNO Labis kerana beliau merupakan seorang yang peramah dan mudah didekati antara faktor Haslinda dikehendaki memikul tanggungjawab di Tenang.
Ura-ura BN akan menurunkan beliau sebagai calon diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Haslinda Salleh.
Sebagai seorang ahli perniagaan Haslinda pastinya mempunyai banyak pengalaman dan dilihat mampu membawa perubahan di Tenang.
from sabahkini.net