Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 19, 2011

Belasungkawa Imelda Rosmarcos Najib


Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia.
April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya.
"Amat memeranjatkan menurut pegawai-pegawai Kementerian Sains, Te
knologi dan Alam Sekitar, yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin.
nr"Di Boston pula setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya.
Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.
Saya rasa dengan tabiat membeli belah secara boros dan membazir serta nafsu besarnya memang layaklah beliau digelar Imelda Rosmah," kata Saifuddin sewaktu mendedahkan di sebuah ceramah di Kulim Jun lalu.
Image
Perilaku Rosmah ini jelas seolah-olah menempelak dan melanggar nasihat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM yang juga suaminya, supaya rakyat jelata berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.
Sebelum ini, Rosmah mengundang kontroversi dengan aksi manjanya dengan pelakon Bollywood yang mendapat kritikan dan teguran pelbagai lapisan masyarakat yang kecewa dengan sikap isteri pemimpin nombor dua negara yang tidak menjaga batas-batas agama dan memalukan imej seorang wanita muslim.
Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan.
Lebih melucukan, Pemangku yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam sebuah akhbar menyarankan agar para isteri pemimpin perlu menampil imej yang boleh diterima masyarakat sedangkan rata-rata berpendapat Rosmah perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menasihati atau menuding jari kepada pihak lain. from Weblog M@RHAEN 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular