Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 22, 2011

PANAS !!! Fungsi dakwat kekal sudah bertukar? Ini ialah percubaan main tipu


Apa masalahnya dengan berita di atas? Memang tak berapa nak ada masalah andai tidak diperhatikan betul2. Lihat kat bawah neh betul2 ;

Faham tak apa yang dinyatakan neh? Korang kena faham untuk membayangkan penipuan yang boleh dilakukan jika dakwat kekal digunakan dengan cara begini.

Panas !!! Shahrizat memang dah kena selak (Video DiDalam)

Dalam diam.. Kain Shahrizat diselak lagi oleh KeAdilan, dan apa yang kelihatan pula ialah Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura.

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

Bukti BN Berkempen Melalui Bil TNB [Gambar]

PRU13 memang dah tak lama lagi.sekarang ni BN sudah pun memulakan pelbagai strategi untuk menunjukkan bahawa BN ni prihatin kepada rakyat.

BN nak rakyat tahu walaupun beratus-ratus juta wang rakyat telah di"kebas oleh kroni-kroni mereka.

Taib Mahmud Lari Dari Sidang Media

Inilah buat kali pertamanya dalam 30 tahun pemerintahannya Abdul Taib Mahmud telah membatalkan sidang media yang telah dijadualkan, yang biasa diadakan di Wisma Bapa Malaysia seminggu selepas mesyuarat Kabinet. Malah para pemberita telah dilarang memasuki bangunan itu, dilayan seperti orang-orang yang tidak dikehendaki. Perkara ini nampaknya remeh, tetapi ianya dilihat sebagai suatu petanda ketara yang kurang sihat, selari dengan perkembangan politik semasa.

Pinjam duit rakyat kemudian berlagak duit UMNO

http://www.malaysiandigest.com/images/kusha/husam%20musa.jpgSAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).

RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

"Ketua Puteri UMNO" mula tampil di pentas ceramah PAS

Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN.

Bertempat di Dataran Pasar Maras di Batu Rakit di Terengganu baru-baru ini beliau menjelaskan beliau serta 80 orang yang lain menyertai PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Monday, December 19, 2011

WAJIB BACA - SAMPAIKAN, CETAK DAN EDARKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.

MRCB Cadang Caj Tol RM 9.10 Untuk EDL

Tahniah rakyat Johor, ini adalah hadiah pasca pilihanraya. Masih belum terlambat untuk rakyat Johor membuat keputusan. PAS dan Pakatan Rakyat tidak membantah pembangunan kiranya ianya bermanfaat buat rakyat terbanyak, tapi tolong jangan bebankan rakyat.

Sunday, December 11, 2011

Gempar : Baca Yasin Kena Mohon Permit?

Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya.

Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.

Semenjak bila Utusan jadi jurucakap PAS Selangor?

Pemimpin datang......pemimpin pergi.....itu adalah fenomena biasa dalam politik.....yang pentingnya dasar perjuangan jangan berubah seperti berubahnya pimpinan.

Video Bekas Ketua Puteri Umno ikrar ‘gantikan Umno dengan PAS’

KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Gambar Kontroversi Menteri UMNO Yang Memperjuangkan Islam

Panas!! Gambar Kontroversi Menteri UMNO Yang Memperjuangkan Islam

LU BANYAK LANGSI Oooooo.....

Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud
December 11, 2011 Apa yang ABIM persoalkan bukan berkaitan agama...lu persoalkan orang yang mempersoalkan lu masuk campur agama islam.Luu tarak faham ka?...Lu faham banyak mana hukum hudud.Ini sudah menjadi camputangan dalam urusan Sultan dan Raja-Raja Melayu.Kalau Raja-Raja Melayu tidak mempersoalkan hudud Pas atau apa sahaja hukum Hudud...lu apa crita.??

Zahid Berbohong Tentang Papagomo


Anwar Mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat

Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

BONGKAR : Ni Wajah disebalik "SEMBANG RAKYAT" yg hina HUDUD??? + Video


Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi

Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews

Guna user name matamata. Disyaki sebagai dalang di sebalik Sembang Rakyat yang hina hudud dikatakan member kepada Noh Omar.

Enche Mohamed berbaju putih?

Soalan Sejarah untuk pemimpin UMNO..

http://2.bp.blogspot.com/-zW3nvISO4Dg/TjzVI1xkAdI/AAAAAAAAAmY/n1CBW2fG6lQ/s320/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgSoalan Cepu Emas dan Fakta menarik
Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
... C. Presiden UMNO

Video Fesyen balut kepala & lilit leher Puteri UMNO

Popout

BUKTI MAHKAMAH KES ZINA TIMBALAN KETUA UMNO

FACEBOOK: Facebook rosli alias

Kalau siapa yang pernah terbaca kes zina Timbalan Ketua UMNO Pangsa Perdana (Rosli Alias) dengan isteri orang seperti yang pernah saya siarkan dahulu.. (klik link di bawah)

Video UMNO Merobohkan Surau Kampung Berembang

Dalam UMNO sebuk2 memainkan isu surau Salahiah Kanchut, mereka harus jangan lupa dosa mereka merobohkan surau Kampung Berembang beberapa tahun dulu. Lepas tu jangan pula mereka lupa dosa mereka merobohkan masjid dan surau Kg Bujal:

UMNO KONON PERJUANG RAJA-RAJA!!! Tapi melenting bila ditegur Putera Raja

"Putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz telah membangkitkan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kerana salah faham artikel yang ditulis oleh Tunku Zain Al-Abidin di dalam akhbar The Star yang mengatakan mengenai lintah-lintah di PWTC.

Jasa UMNO pada Iblis di Malaysia Lebih Besar Berbanding DAP

Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam supaya anak2 ADAM menemani Iblis di dalam Neraka kelak. Hasil kekufuran Iblis (yang mana Iblis ini beriman dengan kesemua rukun Iman), dia akan disiksa di dalam Neraka sehingga selama-lamanya bermula pada hari kiamat nanti.

Ulamak muda, Kamal Saidin dan Soi Lek 'penasihat agama' Umno?

Inilah bunyi baiah Umno:

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Monday, December 5, 2011

Zul Kulim mengaku perjuangan kerana PANGKAT dan KEDUDUKAN???


Bila Umno tak boleh bezakan asset dengan liabiliti... 
Tadi malam saperti yang aku tulis sebelum ini berlangsung satu program ceramah oleh YB Zul Kulim di Bkt Antarabangsa ini.Program yang sepatutnya mengupas isu isu semasa menjadi pentas Zul Nordin membelasah dan menelanjangkan BOSS lama dia Anwar Ibrahim.Hampir 2 jam dia menggunakan pentas ceramah ini menelanjangkan Anwar yang 12 tahun menjadi idolanya sebelum bertindak keluar dari PKR.

Biadab!!!, Chua soi lek menghina hudud lagi.. (Video DiDalam)

Mana pergi UMNO,perkasa,pekida??
Bekas menteri tak bermaruah pernah kantoi video seks

Kebiadaban rakan tidor sebantal umno semakin biadap dan kurang ajar dengan kenyataan nya semakin hari semakin celaka, sampai bila kita umat islam khusunya di malaysia ini membiarkan si kafir harbi ini menghina hukum Allah.

'jihad' orang agama Umno?

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Siapa bohong, Umno atau MCA?

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.

Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu.

FOLLOW THE LEADER,monkey sees monkey do!!!

Mukhriz ajak wakil rakyat Umno jadi lembu dan masuk kandang Fidlot...
Gerhana Otak (pinjam istilah CTW) kini melanda Umno dan pemimpin nya.Bermula dengan BAI'AH yang berlaku semalam di PWTC kini pemimpin Umno dah mula meyuarakan tentang keperluan bai'ah untuk memastikan Wakil Rakyat/Bakal Wakil Rakyat/Wanabe Wakil Rakyat dan Calun Winnable but not Selectable tidak mengkhianati PILIHAN pucuk pimpinan tertinggi kelak bila tiba PRU13.

Sunday, December 4, 2011

Apake Benda Winnable tu?

Hari ini Umno masih terkial-kial untuk mempertahankan survival politik mereka. Sebelum ini apa mereka peduli. Bagi mereka buat macamana pun Umno akan menang besar. Bagi mereka kritikan atas gejala kezaliman pimpinan Umno maupun rasuah, salah-guna kuasa, penyelewengan… tidak dipedulikan. Bagi mereka tak menjadi kudis gatal kepada Umno. Mereka selesa dengan undi cina dan india apatah lagi undi orang melayu.

Bung Moktar sindir Muhyiddin, Noh Omar, KJ?

Pendirian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin dalam isu NFC yang dikaitkan dengan Datuk Seri Sharizat Jalil wajar dijadikan ikutan pemimpin-pemimpin di dalam Umno sendiri.

Menurutnya, pemimpin Umno tidak wajar mempertahankan pihak yang terlibat dengan penyelewengan meskipun melibatkan Menteri dari Umno sendiri.

Dia ni kah sebenarnya Bapok, Pondan , Bangsat dan Barua ?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Bapok, Pondan, Bangsat dan Barua! Itulah apa yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin kepada PKR dan PAS serta penyokong DAP dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 baru-baru ini.

Bahasa yang jelas mencerminkan cara pemikiran terkini UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi penuh dengan kebencian, semangat permusuhan, dendam dan juga ketakutan.

Siapa Bapok dan pondan sebenarnya?

KWSP bantu kerajaan 'joli' wang rakyat

Saya tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek di Dewan Rakyat semalam. (The Star, m s 20 30 November 2011).
1. RM 79.4 billion - adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan - seperti disebut oleh Dr. Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai Hutang Kerajaan adalah RM 240 billion!

Siapa Mahathir...???

ULASAN: Ini adalah artikel yang popular sewaktu kemuncak Reformasi dulu bagi rujukan kita.

Janganlah kita terus menerus ditipu oleh UMNO kononnya Dr Mahathir adalah penentang dan anti Yahudi.

Beliau adalah kawan baik Yitzak Rabin. Akhbar Yahudi Australia amat memuji Dr Mahathir.

Arahan Rasmi Sebar Fitnah Dari Buku Sulit umno

“Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.”

Melaka : Duit bantuan FAKIR MISKIN kena 'PAU'?


Beberapa penduduk di negeri ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Melaka yang memotong bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM10 kepada setiap penerima.

Seorang peniaga, Badadin Abdullah 23 dari Taman Desa Baru berkata tindakan kerajaan ini memang zalim kerana memotong bantuan tersebut tanpa persetujuan penerimanya.

Melaka Maju, Rakyat Miskin dan Paling Ramai Main Nombor Ekor

judi7 Keputusan Nombor Ekor Tapi Komen Judi Dalam Islam!!ALOR GAJAH: Umat Islam yang terbabit dalam amalan pemujaan nombor ekor bukan saja jahil dan tamak untuk mengejar kekayaan, malah jauh terpesong daripada agama Islam dan perlu segera bertaubat.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin berkata, kebanyakan pengikut yang melakukan pemujaan berkenaan juga terlalu taksub kononnya seseorang pengamal nombor ramalan mampu memberi nombor ekor dikehendaki tanpa mengetahui sebenarnya mereka ditipu.

Tuesday, November 29, 2011

Alahai Kak Jat

NFC tiada kena mengena dengan saya! - Sharizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Singkir Isa Samad atau hilang undi-Peneroka Felda kepada Najib

KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.

Sunday, November 27, 2011

Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah

DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Calon PAS; Keputusan Syura menolak Zulkifli Nordin betul

KUALA TERENGGANU - Tindakan Majlis Syura Ulamak PAS menolak pencalonan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin pada dua penggal lalu adalah tepat.

Walaupun ketika itu, beliau merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan, namun Majlis Syura melihat beberapa kriteria yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi oleh Zulkifli.

Pejabat MB Terengganu belanja paling besar

Laporan audit juga menyatakan hasil balak Terengganu terlalu sedikit berbanding jumlah tebangan. KUALA NERUS - Pejabat Menteri Besar Terengganu ditegur oleh Laporan Ketua Audit Negara kerana membelanjakan jumlah wang yang besar pada tahun 2010.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, perbelanjaan tersebut adalah antara yang paling tinggi berbanding seluruh pejabat-pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara.

Saturday, November 26, 2011

Tmb. Menteri Bangangg..Lu Tengok Gambar nii beb !!

Kota Tinggi Johor,dilanda banjir walaupun Umno yang Perintah selama 50 tahun lebih..

BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.

Janji PR ambil alih bela orang melayu (Video diDalam)

JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu.

Friday, November 25, 2011

Muhyiddin larang staf pendidikan sokong pembangkang.


Wa menerima satu info baik punya. Info baik punya neh menunjukkan betapa takutnya muhyiddin dengan kebangkitan parti pembangkang di malaysia. Sila rujuk keratan printscreen di bawah neh.

MAT SEMBAM BUTA SEBELAH KE..?KES INI LAGI PARAH DARI KELANTAN

MAT SEMBAM BUTA SEBELAH KE..?KES INI LAGI PARAH DARI KELANTAN DIA TAK NAMPAK..?ATAU MATA JULING KAT PAS..?
Kualiti bekalan air paip Miri, Sibuti teruk

MIRI: Masalah air paip kotor di Miri dan Sibuti yang sudah lama berlanjutan perlu segera diatasi pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan negeri, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee.

Coke Benggong, UMNO Senggal??? + Video

Apa persamaan botol Coke dengan bangunan Umno?

Kedua duanya buat kita BENGONG!Sebab apa aku kata bengong?Bengong pertama,Coke telah terbukti secara saintifiknya memudaratkan kesihatan jika diminum.Tak percaya cuma rendam seketul tulang dalam setin coke dan tenguk apa jadi pada tulang itu selepas 2 hari di rendam.Cuba jangan tak cuba..

5 orang suspek bersama seorang ‘dalang’ kad pengenalan utk warga asing

Pihak polis bersama Pemuda PAS dan penduduk setempat telah berjaya menahan 5 orang suspek bersama seorang ‘dalang’ yang memberi kad pengenalan kepada warga asing dalam kejadian yang berlaku di Pusat Latihan KIWA berhampiran tepi lebuh raya menuju Lapangan Terbang Antarabangsa [KLIA] daripada IPD Sepang semalam.

Mansuh Ordinan Darurat 1969: PETRONAS WAJIB Bayar Royalti Petrolium Kelantan Darul Naim

20hb. Februari, 2010, KERAjaan melalui akhbar-akhbar proksinya telah mengeluarkan iklan penuh 1 mukasurat (rujuk keratan akhbar diatas) dengan tajuk: Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petrolium Negeri Kelantan.

Antara hujah-hujah KERAjaan dalam iklan berkenaan ialah (gua siarkan entri penuh penjelasan dibawah):
Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

Akta Perhimpunan Aman : Kita telah ditipu hidup-hidup


Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Hisham dan ISA: Permainan semata atau sememangnya bodoh?

Seperti yang sudah kita agak, Perdana Menteri Najib Tun Razak sememangnya seorang penipu yang telah menarik balik janjinya untuk menghapuskan ISA. Isu besar yang menjadi kegusaran rakyat adalah ISA membolehkan mana-mana rakyat Malaysia ditahan tanpa perbicaraan oleh Kerajaan, iaitu Menteri dalam Negeri. ISA “baru” masih sebenarnya membenarkan keadaan ini. Ia sama saja dengan ISA lama.

Jerat Akan Makan Tuan - Mahfuz


Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.

MELETOP!!! Artis lawa milik seorang VVIP,

FEEEEWWEEEEEEEEEETTT!!!

Cantik tak awek ni? oooohhh, bukan bini aku... Ni yang aku nak kenalkan ni.. Artis yang lawa gile ni dah pun jadi milik seorang VVIP, bekas seorang yang sememangnya terkenal beberapa ketika dulu.. Begitu banyak gambar diambil dan di post DISINI tapi kononnya biarlah identiti suaminya MISTERI

Buletin Utama kantoi menipu ka?

Adoiii..

Mana nak letak muka neh? Semalam utusan. Hari neh tibitiga pula. Aisehmen... apsal rakyat makin cerdik neh..? Sila lihat bukti di bawah neh ;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular