Grab the widget  IWeb Gator

Friday, November 25, 2011

MAT SEMBAM BUTA SEBELAH KE..?KES INI LAGI PARAH DARI KELANTAN

MAT SEMBAM BUTA SEBELAH KE..?KES INI LAGI PARAH DARI KELANTAN DIA TAK NAMPAK..?ATAU MATA JULING KAT PAS..?
Kualiti bekalan air paip Miri, Sibuti teruk

MIRI: Masalah air paip kotor di Miri dan Sibuti yang sudah lama berlanjutan perlu segera diatasi pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan negeri, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee.

Jofri mengulas komen seorang penduduk, Mohdar Ismail di laman Facebook yang memaparkan foto sampel air paip yang diambil secara rawak di beberapa tempat di kawasan ini antaranya pusat bandar Miri, Luak Bay, Kg Bakam, Kg Siva Jaya, Kg Terhad, Kg Angus, Kg Tengah, Kg Menjelin, Kg Jengalas dan Bekenu Bazaar. Sampel-sampel air berkenaan jelas menunjukkan mutu air yang rendah, kotor dan keruh.

“Sampel air paip yang diperolehi (gambar) jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.

“Sampel ini di ambil dari jam 2.30 petang hingga 8.00 malam pada 17 November lalu dan akan lebih banyak lagi sampel air dikumpul dari kawasan Sibuti dan Miri oleh Mohdar.

“Banyak lagi contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang,” ujar Jofrie.

Sehubungan itu, beliau menggesa Lembaga Air Kawasan Utara (Laku) Sarawak segera mengatasi masalah itu kerana kualiti air yang ada tidak boleh digunakan untuk mandi dan memasak.

“Kita mendesak agar pihak Laku bertindak segera jangan sampai keadaan ini menjejaskan kesihatan pengguna,” tegas Jofri. Baca Seterusnya Di SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular