KOTA BARU, 23 Nov ― Muhyiddin Yassin berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Mengulangi pendirian yang pernah diketengahkan beberapa kali sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
“Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,” katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.
... sampai 2 kali kiamat pun UMNO akan tetap menipu rakyat Malaysia