Grab the widget  IWeb Gator

Monday, November 21, 2011

TAK UNIK APA HISHAM....BETUL LA APA YANG MAHATHIR CAKAP....

BN pilihan orang Muda – macam "poyo" aje slogan tu!

Amanat Presiden UMNO menetapkan usaha bersungguh untuk memenangi kembali sokongan anak muda terhadap UMNO. Presiden UMNO mahu kedua-dua sayap – Pemuda dan Puteri bekerja keras untuk tujuan ini kerana hampir 38.8% pengundi adalah kalangan mereka dari lingkungan umur 21-40 tahun. Ini merangkumi hampir 12 juta pengundi.

Dalam penyampaian amanat tersebut – Pemuda UMNO dan Puteri melancarkan slogan BN pilihan orang Muda. Maaf kerana terpaksa mengkritik sedikit. Mungkin Ketua Pemuda dan Ketua Puteri tidak sedar bahawa perubahan drastik anak muda hari ini adalah sikap dan persepsi mereka. Slogan mungkin tidak penting sangat tetapi BN pilihan orang Muda – hanya menggambarkan betapa terkebelakangnya komunikasi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai “karakteristik” pemuda hari ini.

TIDAK NAMPAK PERUBAHAN YANG BERKESAN DAN UMNO PUN TIDAK BOLEH MEMPERTAHANKAN DIRI. BILA DITUDUH RASUAH SENYAP. MALAH NAK SEBUT NAMA MELAYU PUN SUDAH TIDAK BOLEH LAGI,KALAU SEBUT SAHAJA SUDAH JADI RASIS

Dr Mahathir :

UMNO SUDAH MENJADI ROSAK DENGAN TERUK APABILA TUN ABDULLAH BADAWI MENGAMBIL ALIH. INI KERANA BELIAU MENGUTAMAKAN KELUARGANYA DAN MACAM-MACAM LAGI TUDUHAN RASUAH DAN PENGLIBATAN MENANTUNYA. SEKARANG INI UMNO YANG ROSAK INI DIWARISI OLEH DATUK SERI NAJIB UNTUK BELIAU PERBAIKI. UMNO PERLU BANYAK MASA SUPAYA IA BOLEH DIPERKUATKAN. TAPI BELIAU PUN SIBUK DAN TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG CUKUP. PEMIMPIN LAIN PULA BELUM ADA KREDIBILITI DAN MASIH BARU.

Pelbagai masalah yang melanda Umno, seperti dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah unik pada parti itu semata-mata, kata naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, mengenali Dr Mahathir, perkara sebegitu sentiasa dilontar setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno saban tahun untuk disahut anggota parti.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin"Masalah ini bukan unik pada Umno sahaja. Saya tak nafi berlaku tetapi kita sentiasa melalui proses rombakan dan tranformasi," kata Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tertutup amanat presiden bersama Pemuda dan Puteri, Hishammuddin berkata, majlis seperti hari ini menunjukkan bahawa kebimbangan itu akan dapat dihadapi.

Dr Mahathir dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini menggambarkan Umno lemah kerana tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program hari ini ke arah mendapatkan semula sokongan orang muda yang merupakan kuasa penentu dalam pilihan raya umum.

Katanya, dalam merangka halatuju mereka perlu khusus menjadikan generasi muda sebagai tumpuan atau touch point parti.

"Sebab itulah kita rangka slogan baru 'BN pilihan orang muda' sebagai ganti 'Undilah BN'," kata anggota parlimen Rembau itu.

Ditanya sama ada Pemuda mahukan lebih kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, Khairy enggan mengulasnya.

"Ini percakapan keluarga," katanya ringkas. - wrlr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular