Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, November 22, 2011

Lagi tindakan kerajaan Haram jadah Najib nak kemut duit rakyat bagi pada kroni ... betul2 Haram jadah

MP PAS Mujahid persoal penubuhan NHFA
"Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PETALING JAYA: Ahi parlimen PAS,Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mempersoalkan penubuhan lembaga kewangan kesihatan kebangsaan (NHFA) secara tergesa-gesa.

“Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NHFA ini akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata ini satu perkara baru kerana kepada rakyat Malaysia kerana ia akan menjadi wajib membayar premium kepada NHFA jika mahu rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta serta klinik swasta.

“Walaupun membayar premium, kita juga perlu mengeluar lebih banyak wang kerana ia hanya membayar rawatan asas.

Mungkin menjadi GLC

“Persoalannya apa terjadi kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan? Di mana mereka mahu mendapatkan rawatan?” katanya.

Menurutnya, adakah kemungkinan badan ini akan menjadi GLC?

“Persoalan lain ialah adakah syarikat ini akan diketuai oleh kroni Barisan. Jika ini berlaku, kita mungkin ditakdirkan mati kerana kemungkinan wang disalah guna jika dilihat cara GLC lain berjalan.

“Kami telah melihat banyak kes di mana pengurusan atasan menerima gaji dan faedah yang diambil dari peratusan yang besar dari kos operasi,” tambahnya.

Katanya, dengan setiap kita membayar premium setiap bulan NHFA akan mendapat jutaan ringgit dan wang ini ini akan dilupuskan oleh kerajaan Barisan.

Beliau menambah ada kemungkinan GLC baru ini menjadi lembu tunai terbaru kepada mereka.

Satu forum awam untuk membincangkan isu ini dan kesannya akan diadakan di Pulau Pinang pada 27 November ini. - FMT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular