Laporan audit juga menyatakan hasil balak Terengganu terlalu sedikit berbanding jumlah tebangan. KUALA NERUS - Pejabat Menteri Besar Terengganu ditegur oleh Laporan Ketua Audit Negara kerana membelanjakan jumlah wang yang besar pada tahun 2010.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, perbelanjaan tersebut adalah antara yang paling tinggi berbanding seluruh pejabat-pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara.
Bahkan, Dato' Tuan Ibrahim menegaskan, belanja pejabat MB Terengganu adalah lebih besar daripada perbelanjaan bagi negeri Pahang dan negeri Kelantan sepanjang tahun berkenaan.
"Laporan Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri Terengganu, tahun lepas, oejabat Menteri Besar Terengganu sahaja,
"belanja pejabat Menteri Besar dan pejabat SUK (setiausaha Kerajaan negeri) RM845.65 juta,"ujarnya ketika menyampai ceramah penerangan di Kampung Banggol Pauh, dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini semalam 25 November.
Katanya jumlah seluruh perbelanjaan negeri Pahang termasuk gaji kakitangan, perbelanjaan pembangunan dan mengurus baru berjumlah RM700 juta.
Beliau turut menyatakan, Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut tentang tindakan kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno telah menebang kawasan balak dengan melebihi kwasan-kawasan lain
Malangnya menurut beliau, hasil yang diperolehi dari aktiviti pembalakan tersebut terlalu sedikit berbading dengan kayu yang dikeluarkan.
"Lebih malang lagi bila audit semak, penebangan balak di negeri Terengganu melebihi kawasan-kawasan lain dengan dengan keluasan yang sangat tidak munasabah,
"(penebangan balak) pada tahun lepas (sebanyak) 560,137 meter padu balak yang ditebang. hasilnya hanya 7RM juta, kawasn balak tebang banyak, (tetapi) hasilnya sedikit,"jelasnya.