Belum pernah dalam sejarah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, seorang Perdana Menteri yang dianggap manusia paling berkuasa di negara ini terpaksa menunggu isterinya sendiri di atas tangga pesawat yang bakal dinaiki!
Namun inilah yang terjadi di Kompleks Bunga Raya KLIA semalam apabila Najib Altantuya yang berjalan menaiki tangga tiba-tiba terperasan bahawa Rosmah Mansor tidak berada di sebelahnya!
Lantas dia memandang ke bawah dan dengan muka separa bodoh terpaksa menunggu Rosmah habis bersalaman dengan Presiden PPP, M Kayveas yang berbaju putih berlogo BN itu.
Gambar ini dirakamkan sendiri oleh jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) semasa rombongan Najib Altantuya berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang dihoskan presiden negara itu, Jacob Zuma.
Gambar di bawah adalah gambar asal yang dirakam oleh jurugambar NSTP tanpa sedikit edit atau superimpose!
Jika anda merasakan Najib Altantuya adalah perdana menteri selepas melihat gambar di atas, anda sememangnya sudah SILAP BESAR!
Sebagai perbandingannya, perhatikan gambar di bawah di mana Presiden Amerika Syarikat, manusia paling berkuasa di dunia, Barack Obama dan isterinya Michelle kebanyakannya berada dalam kedudukan tepat dari segi protokol dan Standard Prosedur Operasi (SOP) seorang presiden.
Gambar fail ini dipetik dari laman web USA Today di mana kedua-dua mereka dalam penerbangan ke Arizona pada Mac tahun lalu.
Persoalannya kini adalah, apakah benar kata-kata seorang Timbalan Menteri yang menyatakan bahawa Rosmah sebenarnya sudah lama membomohkan Najib dengan ayat penunduk dan sebagainya hinggakan seolah-olah Najib Altantuya nampak seperti diarahkan oleh satu kuasa tertentu?
Inilah persoalan yang menghantui rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum akan datang.
Dan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua, kita pastikan Umno-APCO dan Barisan Najis ditumbangkan terlebih dahulu dari tampuk kekuasaan di Putrajaya! - JALAN PULANG