Bekas Menteri Belia dan Sukan ini telah didakwa menerima wang RM300,000 dari seorang peniaga berasal dari Johor.
Berikut adalah dakwaan terbaru oleh blogger TheWhistleblower711. Mengikut blogger TheWhisteblower711 ini, beliau mendakwa Azalina Othman menerima bayaran RM300,000 tersebut sekitar Mei 2011.
Sehingga ke saat ini menurut blogger tersebut, Azalina Othman masih tidak menjawab berkenaan dakwaan tersebut.
Sebelum ini blogger ini telah menimbulkan beberapa kontroversi dengan mendedahkan rasuah beberapa pemimpin tertinggi negara.
Di antaranya ialah dua pembantu pemimpin tertinggi negara dan seorang Timbalan Menteri, Awang Adek Hussin; dan dua pembantu yang bertugas dibawah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Cek yang di dakwa telah diberikan kepada Azalina Ohman.
Individu yang di dakwa terbabit dengan skandal Azalina Othman
Sekiranya dakwaan oleh blogger TheWhisteblower711 mempunyai asas yang kukuh, pihak berkuasa seharusnya bertindak dengan segera. Bertindak untuk mendakwa bagi yang terlibat tetapi bukan menyelamatkan individu-individu yang terlibat dan meng'kambing hitamkan' individu lain pulak.ADDIN
Baca lanjut di sini.