Mungkin pandangan saya ini di rasakan boleh menyuramkan suasana kegembiraan yang sedang berlangsung berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam.Tetapi kita semua harus ingat bahawa pembebasan Anwar ini terdapat sedikit keluarbiasaan.
Tapi berdasarkan analisis saya dari laman-laman web pro UMNO sepanjang malam, saya rasa perkara ini perlu disebut dan dibincangkan kerana tidak mahu semua kita terpedaya dengan agenda sebenar disebalik pembebasan ini.
Kebanyakannya blog pro UMNO yang saya lihat menjadikan sikap hakim dalam menyampaikan keputusan pagi semalam sebagai alasan kenapa mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan membebaskan Anwar itu.
Dalam keadaan biasa hakim akan membaca penghakimannya terlebih dahulu sebelum membacakan keputusan, tapi hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membacakan keputusan dan memberi alasan ringkas, sebelum meninggalkan kamar mahkamah.
Perbicaraan ini berlangsung selama lebih 3 tahun tapi alasan ringkas hakim mencetus lebih banyak tanda tanya, seolah ada agenda lain disebalik pembebasan tersebut.
Hasil dari analisis saya, banyak pihak dalam UMNO merasakan bahawa pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada strategi licik Perdana Menteri Najib untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
Datuk "kambing" yang di kaitkan dengan skandal NFC yang sepatutnya di bicarakan pada hari yang sama dengan hari keputusan kes liwat anwar langsung tak kedengaran apa - apa berita.Tidak kah kita merasakan sesuatu yang pelik akan hal ini? apakah yang sedang di rancang?
Dalam pada masa yang sama ketika penyokong anwar meraikan kejayaan pembebasan konspirasi dalam letupan bom kita juga terlupa pada Wak Khir Toyo yang sepatutnya di bicarakan dan di jatuhkan hukuman pada hari yang sama juga tidak kedengaran apa - apa berita.Takkanlah tak ada satu wartawan pun yang tak buat liputan tentang kes Wak Khir.
Letupan Bom pada hari perhimpunan pula terjadi di kawasan yang ketat di kawal oleh pihak polis.Adakah kita pasti Pekida atau Perkasa yang akan di syaki melakukan perkara sedemikian.Mungkin kita juga tidak menyangka individu yang cuba untuk menumbuk muka Adam Adli adalah rakyat prihatin.
Semua orang tahu yang Najib adalah seorang yang cukup berhati-hati dalam permainan politik. Najib sudah melihat bahawa dengan menghantar Anwar ke penjara hanya akan memberi kesan yang teruk kepada prestasi BN dalam pilihanraya akan datang.
Justeru itu sedikit arang perlu di conteng muka Pakatan dengan perlakuan penyokong pada hari himpunan.Mungkin ada yang tak bersetuju,tetapi kita harus faham dalam keadaan begini regim menggunakan taktik propaganda Nazi dengan apa yang di panggil sebagai "Argentum Ad Naussem" dan secara langsung persepsi rakyat seluruhnya telah terpalit dengan mengatakan bahawa penyokong pakatan rakyat ini Pro Rusuhan.
Jangkaan ini adalah berdasarkan fakta bahawa undi cina tidak akan lagi menyebelahi BN seperti mana Anwar pertama kali dipenjara pada 1999. Keadaan itu ditambah pula dengan undi simpati orang Melayu ke atas Anwar, akan menjurus kepada keadaan yang tidak diingini Najib.
Pada Najib setiap undi adalah penting, maka itu keputusan terbaik ialah dengan membebaskan Anwar.Dengan membebaskan Anwar, Najib sebenarnya beroleh dua keuntungan. Pertama, pada firasatnya imej Anwar akan semakin merosot kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang disebalik konspirasi ke atasnya dan kedua UMNO sendiri sudah ‘membersihkan’ dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman.
Dengan pembebasan ini juga, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah kehilangan antara isu penting yang boleh diketengahkan untuk menyerang pentadbiran Najib dan parti pimpinannya dalam keadaan sekarang dan dalam kempen pilihanraya umum akan datang.
Anwar bagi tau,sistem kehakiman Malaysia adalah korup. Sekarang dia telah dibebaskan,apakah dia akan tetap kata mahkamah korup? Kalau kehakiman korup dan kes-kes mahkamah boleh diatur, dan Anwar telah dibebaskan oleh sistem yang korup ini, apakah ini tidak bermakna bahawa Anwar sebenarnya bersalah? Hanya mahkamah yang korup boleh membebaskan orang yang bersalah. (begitu juga sebaliknya) dan mahkamah, menurut Anwar adalah korup.
Anwar tak boleh lagi mengatakan bahawa mahkamah korup tetapi dia mendapat perbicaraan yang adil didalam mahkamah yang tidak korup dan dihakimi oleh hakim yang tidak korup.Tapi kalau dia tak cakap macam tu, seolah-olah dia sebenarnya bersalah.
Lepas tu katakanlah kerajaan UMNO akan mendakwa Anwar kerana kesalahan membuat laporan polis palsu berkaitan dengan video lucah. Kemudian, jam Omega dibawa ke mahkamah dan pelacur China mengaku bahawa dialah perempuan didalam video tersebut dan dia mengesahkan bahawa Anwar melakukan hubungan seks denganya. Saksi-saksi pakar dari US juga membuat pengakuan bahawa video tersebut adalah asli.
Dengan bukti-bukti yang kuat, Anwar akan didapati bersalah dan dihantar kepenjara. Apakah Anwar boleh mengatakan dia adalah mangsa kepada perbicaraan yang tidak adil. Dia dibebaskan hari ini. So, mahkamah dikatakan adil dan tidak korup kalau dia dibebaskan tetapi korup kalau dia didapati bersalah.
kita kena ingat, pada dasarnya 30% daripada pengundi adalah pro-BN. (korang cakap la apa pun, mangkuk ni tetap kata Anwar salah). 30% adalah pro-PR. (korang cakap apa pun malaon ni, akan cakap Anwar mesti betul). 40% lagi duduk atas pagar.
Tak guna nak mempengaruhi 30% dikedua-dua pihak. Depa dah buat keputusan. Yang perlu di yakini ialah 40% atas pagar. Dan dalam PRU 2008 yang lalu, dimana keputusan sekitar49-51%, 40% cukup besar untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan.Lupakan 30% dikedua-dua pihak. Yang penting ialah 40% pengundi atas pagar. Dan apakah persepssi 40% ini tentang keputusan mahkamah hari ini.
Apakah mereka percaya Najib benar-benar melakukan Transformasi seperti yang dikatakannya? Apakah mereka akan percaya bahawa kehakiman tidak korup, seperti yang selalu dikatakan oleh pembangkang?Apakah mereka tidak akan berfikir bahawa dalam keadaan sekarang, (dan dibuktikan hari ini), Najib sepatutnya diberi peluang sepenggal lagi untuk merealisasikan dasarnya yang baru saja bermula dan memerlukan masa untuk dilaksanakan?
Tanpa sedar, isu konspirasi politik dan badan kehakiman yang tidak bebas ini memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan tekanan kepada BN.Walaupun masih ada lagi isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) yang boleh diketengahkan, tetapi saya lihat isu itu mudah sahaja diredakan kalau Najib tidak mencalonkan Shahrizat dalam pilihanraya akan datang.
Dari apa yang saya lihat adalah kepimpinan Pakatan Rakyat gagal melihat semula agenda tersembunyi di sebalik pembebasan ini dari segenap sudut dan merencanakan strategi tindak balas yang sepatutnya.
Saya tak kisah walau apa pun persepsi penyokong yang pro dan anti sebab diorang dah memang pro-PR dan kebanyakanya Anwaristas. saya tak peduli sapa yang yang terlompat - lompat yang mengatakan anwar dah menang atau rakyat dah menang. Sama ada diorang pro-BN atau tidak tapi saya lebih berminat dengan 40% yang akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.
40% ini bukan pro-Pr atau Anwaristas. Dan depa adalah “Kuasa Ketiga” yang sebenar.Depa adalah “penentu”. Mereka akan menentukan sama ada Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau anwar mengambil alih. Bukan penyokong PR atau BN yang menentukannya.
Ada lagi satu kemungkinan.
Disebabkan Najib berlaku ‘adil’ dan tidak mengarahkan hakim untuk menghantar Anwar kepenjara, UMNO menentang Najib. Dengan bantuan Dr. Mahathir, satu gerakan dibuat untuk memaksa Najib meletak jawatan. Najib kemudiannya meletak jawatan, dan Muhyidin sudah pasti akan mangambil alih.
Pengundi benci kat Rosmah Mansor. Disebabkan itu, ramai yang masih mengundi Pakatan Rakyat. (sama juga yang diorang buat tahun 2008 bila diorang menentang Pak Lah sebab diorang tu benci kat Khairy). Tapi sekarang, Rosmah dah tak ada.
Apa yang kita dapat? Anwar akan tetap jadi ‘de facto’ Ketua Pembangkang, Dr. Mahathir jadi ‘de facto’ Perdana Menteri. Malaysia akan terus di pimpin oleh Dr. Mahathir.Kita masih tidak boleh berhimpun secara aman kerana tangan kita sudah terikat oleh akta gila.
Manakala penduduk kampung baru pula akan terseksa dengan ancaman bakal di usir dari tempat tinggal mereka, jadi apa yang tinggal untuk kita? Sepatutnya kita kita pedulikan antara Anwar dan Najib, kita tidak peduli malaon mana yang nak jadi perdana menteri.
Apa yang penting bagi kita ialah menuntut semula kebebasan dan keadilan kita.Bagaimana? jalannya hanya satu,di hadapan kita terbentang jalan raya yang luas, disini lah Maharaja Nicholas Tsar,Raja Mohamad Shah Reza Pahlevi,Emperor Bokassa,Hosni Mubarak,Zine el bidine ben ali dan Suharto jatuh menyembah bumi dan bukan nya di atas kertas undi. - SUMBER