Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 11, 2012

Bukti Raja Petra Berbohong Isu Guaman MBPJ


MAKLUMBALAS TERHADAP ARTIKEL :BERTAJUK "JUST DO IT, NOT DUIT" OLEH RAJA PETRA KAMARUDDIN DI LAMAN WEB MALAYSIA TODAY PADA 6 JANUARI 2012


Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjelaskan mengenai tuduhan liar mengenai pengendalian kes mahkamah kepada Ahli-ahli Majlis MBPJ, Encik Derek Fernandez dan Latheefa Koya atau syarikat guamannya adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

2) Adalah disahkan bahawa Firma Guaman Ahli Majlis MBPJ (En. Derek Fernandez) atau firma guamannya Tetuan Fernandez & Selvarajah, adalah bukan dalam senarai Panel Peguam MBPJ dan beliau tidak pernah diberikan apa-apa kerja guaman bagi kes-kes MBPJ.

3) Tambahan pula adalah ditegaskan bahawa tidak ada syarikat guaman di bawah nama Derrick Fernandez & Co dalam senarai Panel Peguam MBPJ.

4) Sebagai salah seorang Ahli Majlis di MBPJ, En Derek Fernandez tidak pernah menerima sebarang ganjaran daripada Majlis dalam memberikan khidmat nasihat guaman. Segala khidmat nasihat dan pendapat professional En Derek Fernandez sebagai peguam diberikan tanpa sebarang caj dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis berhubung isu-isu berkaitan perundangan dengan Majlis.

5) Seterusnya adalah juga ditegaskan bahawa majlis tidak pernah melantik Encik N Surendran sebagai peguam Majlis dan firma guaman beliau iaitu Tetuan Edwin,Lim Soh and Suren tidak pernah berada dalam senarai guaman MBPJ.

6) Berhubung dengan kedudukan Ahli Majlis MBPJ, Cik Latheefa Koya di dalam firma guaman Tetuan Daim dan Gamany, dan perlantikan YB Sivarasa rakan kongsi firma guaman Tetuan Daim dan Gamany, perkara ini telah pun dibincangkan di dalam Perbincangan Khas selepas Mesyuarat Majlis Penuh bertarikh 25 Ogos 2009, yang dihadiri oleh semua Ahli-ahli Majlis tanpa kehadiran Cik Latheefa Koya, di mana Penasihat Undang-undang Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah memberi pendapat bertulis bahawa oleh kerana Cik Latheefa Koya, bukan rakan kongsi dalam firma guaman tersebut, beliau hanya sebagai pekerja (legal assistant), maka tidak berlaku percanggahan kepentingan (conflict of interest), bagi firma guaman Daim dan Gamany dimasukkan dalam senarai panel peguam Majlis.

7) Dalam perkara perlantikan panel peguam, kuasa melantik adalah di bawah bidang kuasa Datuk Bandar sahaja. Ahli-ahli Majlis tidak boleh melantik firma peguam dan hanya boleh memberi pandangan secara kolektif tentang kebolehan dan/atau kepakaran sesebuah firma guaman untuk mengendalikan sesuatu kes Majlis berdasarkan kriteria berikut :

i. Kepakaran firma guaman dalam mengendalikan sesuatu kes yang rumit
ii. Sebutharga yang ditawarkan adalah dalam batasan dasar skala fi guaman
iii. Prestasi dan kejayaan firma dalam pengendalian kes

8) Sejak tahun 2008 sehingga 2011, firma guaman Daim dan Gamany hanya mengendalikan empat (4) kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 53 kes. Pada sepanjang masa, Cik Latheefa Koya tidak pernah menduduki mana-mana jawatankuasa untuk berbincang tentang perlantikan firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Secara tegasnya artikel tersebut adalah suatu pernyataan palsu dan menimbulkan persepsi negatif masyarakat. Sehubungan itu, pihak Puan adalah diminta untuk menyiarkan maklumbalas ini tanpa suntingan di dalam blog kendalian pihak puan.

Sekian, terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular