Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 11, 2012

Kumpulan 901 mahu letupkan diri sendiri? +Video

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.
NONE
Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.
NONE
Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

Belum ada keputusan siapa ganti Hasan Ali

“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

“Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz.

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Mengenai langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di Alor Setar, hujung minggu ini, Mahfuz berkata: “Minta polis dapat kawal bukan sahaja di sana tapi juga di (semua) program biasa."

Ditanya wartawan, siapa yang akan menggantikan exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS Ahad lalu, Mahfuz berkata jawatankuasa pusat PAS belum membuat keputusan.

“PAS pusat tak buat keputusan lagi. Surat rasmi dah dihantar.

“Saya tak nak komen (pasal impak pada Pakatan) takut ia akan diputar-belitkan menjadi serangan peribadi. Tapi bagi PAS dan Pakatan akan teruskan perjuanagan,” katanya sambil menambah Hasan telah menerima surat pemecatannya dan parti akan membuat keputusan apabila tiba masanya. Mkini

AMK desak Utusan dedah 'sumber polis'

Jan 11, 2012 Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam sekeras-kerasnya laporan berita bertajuk ‘Bom milik peserta perhimpunan’ yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini memetik sumber polis bahawa bom buatan sendiri dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

"Laporan berita ini jelas bersifat jahat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej penyokong Anwar Ibrahim," kata ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

"Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, AMK berpandangan insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri.

"Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat," tegasnya.

AMK juga mendesak akhbar Utusan Malaysia supaya mendedahkan identiti ‘sumber polis’ yang dikatakan mendakwa bahawa tiga butir bom yang meletup kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.

"Adalah cukup pelik kerana pihak polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan berhubung insiden tersebut tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan ‘hasil siasatan’ mereka sendiri yang kemudiannya diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.

"Justeru, pihak AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memohon beliau mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut yang mana telah menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan," tegasnya.
Biasanya perbuatan khianat dilakukan oleh musuh,orang tidak buat khianat untuk diri sendiri.Dalam hal ni penganjur perhimpunan adalah PR,siapa musuhnya? Lu pikir la sendiri... - Mahadzir Ibrahim

Baca :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular