Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 8, 2012

Berita 300 Keluar Pakatan Rakyat PALSU!!

Berita yang dilaporkan oleh Tiewnama sebentar tadi mengenai lebih 300 orang penyokong Pakatan Rakyat keluar parti masing-masing ternyata palsu semata-mata.

Pengerusi Perhubungan Umno-APCO Negeri Zainal Abidin Osman ternyata mengambil kesempatan daripada pengagihan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk mengeksploitasi kehadiran mereka.

Selain itu dipaparkan juga gambar separa jelas untuk mengaburi mata pembaca.

Difahamkan borang tersebut hanya akan diagihkan pada 10 Januari ini yang juga merupakan hari terakhir menghantar borang tetapi terpaksa dipercepatkan bagi mengambil kesempatan daripada keputusan perbicaraan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada Isnin ini!

Umno-APCO negeri "bekerjasama" bersekongkol rapat dengan Tiewnama bagi menyiarkan rancangan jahat ini yang sudah tentu mendapat liputan luas dan dalam masa sama membuktikan kononnya perjuangan Pakatan Rakyat hanyalah untuk membela nasib Anwar Ibrahim semata-mata.

DUN Sungai Acheh terletak dalam Parlimen Nibong Tebal di selatan Pulau Pinang di mana Zainal adalah juga Ketua Umno-APCO bahagian tersebut.

Diharap semua pihak dapat menghebahkan berita jahat yang diada-adakan seterusnya fitnah berterusan Umno-APCO menipu rakyat Malaysia.

JALAN PULANG
Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yang terdiri daripada anggota PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting PKR Sungai Acheh Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan.

Sementara itu, anak Ahmad, Cik Fazilah, 46, yang juga anggota PKR berkata bapanya yang tidak dapat hadir pada majlis itu kerana masih dirawat di hospital kerana penyakit buah pinggang, mahu rakyat Pulau Pinang membuka mata dan melihat kepincangan pakatan pembangkang.

"Dia yang beria-ia mahu majlis ini diadakan di pekarangan rumah kerana kecewa dengan pembangkang yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Cik Fazilah berkata hanya BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh mentadbir negara dengan adil dan saksama.

Sementara itu, Zainal Abidin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata BN Pulau Pinang menyambut baik langkah kumpulan berkenaan menyertai parti itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga nampak semakin tenggelam punca kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga ramai penyokong di peringkat akar umbi mula bosan dengan kerenah pemimpin mereka.
"Tindakan mereka menyertai BN merupakan mesej jelas kepada pembangkang yang menunjukkan pakatan pembangkang gagal mentadbir dengan baik sehingga ramai anggotanya bertindak keluar parti," katanya.

Beliau yakin lebih ramai anggota parti pembangkang di Pulau Pinang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN mampu mengubah hidup mereka.

"Ramai yang telah maklumkan kepada saya untuk menyertai BN dan kita akan menganjurkan majlis seperti ini pada masa akan datang dan saya percaya sokongan mereka akan mampu menguatkan lagi BN di Pulau Pinang," katanya.

- TIEWNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular