Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 10, 2012

PESERTA 901 BERSENJATA!

Berkaitan isu 901, peserta membawa senjata bahaya pada perhimpunan ini adalah suatu cerita tahyul dongeng yang pastinya telah cukup jelas kelihatan pada klip video yang telah di pos kan oleh pengguna youtube yang bernama PDRMsia. 

Mereka membangkitkan isu ini kononnya peserta kempen BEBAS ANWAR 901 telah melanggar perjanjian yang telah di keluarkan oleh pihak PDRM yang membenarkan kempen ini di teruskan di hadapan Mahkamah Jalan Duta.

Screenshot ini telah cukup menjelaskan bahawa pengguna youtube berkenaan sengaja mengada-adakan cerita tahyul fitnah bagi menjatuhkan kepercayaan PDRM terhadap saf kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang telah pun mendapat kerjasama dari pihak Polis untuk kempen ini. Rupanya isu fitnah bukan sahaja berlaku pada orang tertinggi yang menggilai pangkat dan darjat demi mengejar sebuah kekayaan, akan tetapi pengaruh tahyul fitnah ini terus menerus merebak kepada golongan kebanyakkan.

Huraiannya adalah semudah ABC dan 123, jika seseorang membawa senjata merbahaya pada kempen 901 berlaku sedikit kepelikkan tahap Dewa Dewi, persoalan pertama di manakah kecekapan pihak PDRM yang membuat sekatan bagi memasuki kawasan Mahkamah dan membuat semakan kepada semua peserta yang membawa beg dalam kawasan perhimpunan? Persoalan kedua pula bagaimanakah respon rakyat yang berhimpun jika seseorang itu datang dengan senjata, adakah mereka menghalangnya dan di serahkan pada pihak berkuasa ataupun mereka berlari berkeliaran dan keadaan menjadi huru hara? Persoalan ketiga mengapakah pihak yang mengambil video ini tidak melaporkan pada pihak berkuasa?

Pengguna youtube ini di kenali sebagai PDRMsia, sememangnya kita tidak mengenali siapakah empunya sebenar, adakah dari pihak PDRM sendiri atau pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan lagi nama baik PDRM. Di sini kita boleh mengenali lebih rapat siapakah empunya youtube ini adalah dengan google sahaja nama PDRMsia ini dan lihatlah video ini di poskan ke saluran mana? Adakah video ini hanya di poskan di youtube dan tidak di kembangkan? Itu tidak mungkin sama sekali. Selamat mencuba =)

*by the way, gambar tu dah cukup jelas menunjukkan itu adalah payung yang di sangkutkan di tali pinggang. ~bengong kuasa dua ini lembUMNO be end!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular