Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 10, 2011

SULTAN SULU PERNAH ANCAM KESELAMATAN NEGARA


Saudara Pengarang,
PENGAKUAN Datu Akjan sebagai pewaris Sultan Sulu adalah tidak kena pada tempatnya, apatah lagi kita sewajarnya harus mengenal dan menilai dahulu diri kita sendiri; sama ada sempurna ataupun sebaliknya.
Sebagai seorang warga asing yang telah memegang kad pengenalan Malaysia, macam mana pula boleh dia boleh mengaku dan mengisytiharkan dirinya menjadi Sultan Sulu?

Jika sekiranya pertabalan menjadi ‘Sultan Sulu’ kenapa pula diadakan di ‘Istana Hinggap’ Kg.Likas yang terletak di Negara Malaysia? Kita telah maklum, bahawa semua majlis rasmi pertabalan ‘Sultan’ sebelum ini diadakan di hotel-hotel dan di hadapan Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan turut melibatkan Jemaah Menteri serta TYT Yang Di Pertua Negeri serta Raja-Raja Melayu dan Sultan Brunei.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dengan begitu mudah. Datu Akjan perlu berfikir sebelum melakukan perkara tersebut, jangan hanya mementingkan diri sendiri saja kerana beliau perlu sedar siapa diri beliau sebenarnya sebelum mengaku menjadi keturunan sultan. Beliau pernah ditahan di bawah ISA atas sebab mengancam keselamatan Negara kerana terlibat dengan Sindiket Kad Pengenalan Palsu.
Jika pertabalan ini benar, kenapa tidak dibuat di Zamboanga atau Maimburg atau Sulu kerana Sabah telah merdeka sejak 1963?
Sekian,
WARGA ASAL LIKAS
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular