AP Photo 7 hours ago
An injured anti-government protester sits on the ground after being treated by medics during clashes in Tahrir, or Liberation square, in Cairo, Egypt, Wednesday, Feb. 2, 2011. Several thousand supporters of President Hosni Mubarak clashed with anti-government protesters as Egypt’s upheaval took a dangerous new turn.
Egyptian anti-government demonstrators (top) face pro-regime opponents (bottom) in Cairo’s Tahrir Square where crowds have gathered for a protest calling for the ouster of President Hosni Mubarak.
Pro-government demonstrators take to the rooftops to throw rocks down at anti-government demonstrators below, unseen, opposite the Egyptian Museum in Tahrir square in Cairo, Egypt.
Stones fly in the air as Egyptian protestors opposed to President Hosni Mubarak (foreground) clash with pro-Mubarak protestors during clashes in Cairo’s Tahrir square.
ElBaradei kecamkenyataan Hosni
KAHERAH 2 Feb. – Tokoh pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan Presiden Hosni Mubarak gagal memenuhi kehendak rakyat dan ‘jaminannya’ untuk tidak bertanding pada pilihan raya Presiden nanti, hanyalah satu penipuan semata-mata.
Penerima Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu berkata, Mubarak akan menjadi ‘Presiden yang pincang dan ditimpa malang’ sekiranya beliau tetap tidak mahu berundur.
“Beliau malangnya akan memanjangkan lagi penderitaan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lagi. Beliau terus memecah belahkan negara. Beliau membuatkan rakyat terus marah dan ia boleh berakhir dengan keganasan,” katanya dalam satu wawancara dengan CNN.
Elbaradei yang muncul sebagai reformis Mesir turut menggelar Mubarak sebagai ‘seorang diktator yang tidak mahu mendengar suara rakyat’.
Katanya, tindakan Presiden itu yang mengumumkan keenggannya untuk berundur ‘jelas satu penipuan semata-mata’.
“Sesiapa pun yang menasihat Mubarak, orang itu memberi nasihat yang salah kepada beliau. Beliau hanya perlu berundur,” katanya.
Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin mengecam kenyataan Mubarak yang tidak akan bertanding pada pilihan raya Presiden akan datang dengan alasan mahu memantau peralihan kuasa dalam keadaan aman.
Jurucakap parti tersebut, Mohammed Mursi berkata, tawaran itu langsung tidak memenuhi kehendak seorang pun daripada rakyat Mesir. – Reuters