Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 9, 2011

Indahnya hidup di bawah Islam




Saban tahun dunia kampus akan bersilih ganti pucuk kepimpinan, dalam tempoh masa setahun itulah mahasiswa akan dilatih untuk diasah bakatnya masing-masing dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan ini dibuat berdasarkan kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dalam hendak menguasai atau menjuarai isu kampus dan isu mahasiswa, sekiranya individu tersebut mampu untuk membawa perubahan kepada daya intelek mahasiswa maka amat mudah untuk meraih kemenangan dalam Pilihanraya Kampus.


Cuba kita mengimbas kembali di zaman kegemilangan mahasiswa pada tahun 70-an hingga 90-an, rata-rata mahasiswa ketika itu mahukan perubahan yang drastik dan cuba mengubah suasana kampus yang ketika itu dipenuhi dengan unsur-unsur sekularisme dan librealisme kepada suasana Islam yang di mana sekiranya Islam memerintah kampus maka segala unsur-unsur kurang sihat ini akan dibuang. Bukan bermakna bila Islam memerintah, segala kebajikan orang bukan Islam akan terabai dan segala bentuk program non-muslim akan disekat dan ditolak tetapi Islam ada cara yang indah untuk mengatasi masalah ini.

Sebagai contoh, di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., Kota Madinah Al-Munawarah lebih dikenali sebagai kota yang mampu menghimpunkan masyarakat majmuk di dalamnya yang terdiri daripada berpuluh-puluh bangsa Yahudi, nasrani dan lain-lain. Pemerintahan Kota Madinah yang didasarkan dengan Islam mampu menjadikan hukum Islam (hukum Quran) diterima pakai oleh masyarakat majmuk Madinah.

Tiada perbalahan berlaku tentang hukum ini kerana hukum Islam bersifat adil kepada semua masyarakat majmuk madinah. Sebagai contoh hukum potong tangan (mencuri) dilaksanakan untuk semua penduduk Madinah manakala hukum yang lain seperti zina, dan meminum khamar adalah untuk dilaksanakan di peringkat Umat Islam sahaja tetapi jikalau orang bukan Islam ingin mengamalkan hukum Islam dalam kehidupan mereka maka Islam membenarkan sekiranya mereka mengkehendakinya.

Persoalannya adakah dengan adanya masyarakat majmuk yang ada di kampus mahupun Malaysia, hukum Islam tidak mampu dilaksanakan sedangkan Sirah An-Nabawi telah membuktikan masyarakat majmuk mampu untuk beramal dan berada di bawah naungan Islam.


Pemikiran mahasiswa sekarang ini belum merdeka lagi sekiranya mereka masih lagi beramal dengan pemikiran barat dan sekular, lagi-lagilah pemikiran liberal. Pemikiran ini masih lagi di bawah naungan jahilliah moden yang masih bertapa di jiwa seorang mahasiswa. Pemikiran yang merdeka ialah mereka yang membersihkan segala pemikiran anasir-anasir luar dan mampu mengilap jiwa mereka dengan nur Islam. Barulah dikatakan jiwa yang merdeka.

Saya hendak membawa para pembaca sekalian untuk berfikir sejenak berkaitan dengan bagaimana model pemerintahan kampus bila Islam dinobatkan di dunia kampus kita hari ini. Di antara model ialah:

Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa akan diasah daya inteleknya dengan pemahaman Islam yang bersifat Rabaniyyah.

Apabila Islam memerintah kampus, golongan bukan Islam akan dijaga hak kebajikannya.

Apabila Islam memerintah kampus, segala bentuk maksiat/kemungkaran akan dihapuskan.

Apabila Islam memerintah kampus, suasana kampus akan disinari dengan program-program yang membentuk mahasiswa ke arah taqwa kepada Allah.

Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa MAMPU menjadikan Islam sebagai ad-Din (cara hidup).

Apabila Islam memerintah kampus, akan lahirnya graduate yang beriman dan mampu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ini di antara model ringkas pemerintahan Islam di kampus yang boleh dijadikan garis panduan kepada semua mahasiswa. Sebenarnya banyak lagi model tetapi ini di antara model asas yang perlu ada dalam sesuatu pemerintahan Islam di kampus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar cuba merenungi betapa indahnya Islam bila dijadikan sistem di semua IPT, dan sistem ini mampu membawa mahasiswa ke hadapan dan berfikiran mantang untuk menyelesaikan segala kerumitan isu nasional dan internasional yang dihadapi oleh negara kita. Mahasiswa adalah agen perubahan kepada system kampus dan mahasiswa juga merupakan suara tajdid (pembaharuan) dalam masyarakat kita hari ini. Mahasiswa yang bijak ialah mahasiswa yang mampu membuat perubahan dan mampu mengubah sistem kampus yang sekular kepada Islam.

Itulah sebaik-baik mahasiswa.

MEMBINA MAHASISWA PENGGERAK UMMAH (MAMPU)




InsyALLAH ADMIN akan Kemaskini kan di [ SINI ] mulai hari Penamaan Calun, Tempoh berkempen dan hingga PengISTIHARAN pemenang Bagi N.27 DUN MERLIMAU
Sila KLIK "LIKE" Sekarang... di LINK [ PAGE Rasmi unt Isu2 Semasa serta INFO PRK & PRU ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular