Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 9, 2011

Pengisytiharan Kesultanan Sulu ada kewajaran dan berfakta





Oleh : ABDULLAH SANI HJ.ABDUL SALLEH

Pengisytiharan Kesultanan Sulu ada kewajaran dan berfakta tetapi hendaklah dipandang terus relevan hingga hari ini oleh semua lapisan rakyat. Bercerita tentang fakta Kesultanan Sabah di Sabah memang tidak dapat dinafikan berdasarkan fakta Sejarah dan Perjanjian Pajak Gadai 1881 (Perjanjian Bulan dan Bintang) di antara Sultan Sulu dan B.N.B.C (Syarikat Bristish) sehinggalah kedaulatan itu diambil-alih oleh kerajaan British pada tahun 1946.

Namun Hak Sultan Sulu tetap terjamin dan diiktiraf oleh British bila waris terakhirnya Dayang Dayang Piandoa membawa kesnya ke Mahkamah Bristish pada tahun 1930 yang memberikan hak kepada beliau untuk menjadi pewaris sah Kesultanan Sulu yang berada di North Borneo pada masa itu dan berhak untuk meneruskan tuntutannya terhadap Perjanjian Bulan dan Bintang 1881 itu dengan memperolehi wang sewaan bernila 5,000 fens (Wang Spain), tetapi hari ini telah digantikan dengan wang berbentuk RINGGIT MALAYSIA yang terus diterima oleh waris-waris yang berada di Sulu iaitu Sultan Ismail Kiram dan Keluarganya.

Niat baik Kesultanan Sulu terhadap kerajaan 
Malaysia harus dipandang secara positif dan tidak seharusnya kita berpandangan prejudis terhadap mereka apabila mereka memperjuangkan hak mereka terhadap apa yang sepatutnya mereka perolehi mengikut perjanjian ‘Bulan dan Bintang’ 1881.
Sabah Perlu membayar sewa Tahun kepada Kesultanan Sulu. Sultan Ismail Kiram Penerima Sewa RM 5,000.00

Pajakan Kesultanan Sulu dari Kerajaan Malaysia

Dalam Isu perjanjian dan soal pembayaran yang telah menjadi perjanjian di antara kerajaan dan kerajaan sepatutnya tidak timbul sama sekali kerana kita memang sudah biasa dengan perkara ini dan telah berjalan lama sebagai satu perjanjian yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sebenarnya Sabah amat beruntung kerana, harga Pajakan di antara Kesultanan Sulu dan British hanyalah RM 5,000 Ringgit Setahun atau RM 13.69 sen sehari berbanding harga sewa sebuah kereta kancil RM 80.00 sehari dan perkara ini juga berlaku di antara Kesultanan Kedah dan Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu membayar sewa pajak terhadap pulau ini sebanyak RM 10,000 setahun menurut Perjanjian Bulan dan Bintang 1876 di antara Francis Light dan Sultan Kedah dan sewa berkenaan dibayar Kepada Keluarga Di Raja Kedah sehingga ke hari ini.

Pulau Pinang yang sebesar Pulau Banggi itu dapat sewaan RM 10,000 setahun sementara Sultan Sulu Cuma dapat RM 5,000 setahun walaupun luas Geografi Sabah hampir 10 Negeri di Semanjung Malaysia.

Begitu juga halnya di antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang perlu membayar Beratus billion ringgit dan perlu membayar 1 Billion setahun kepada Negeri Selangor kerana pajakan Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ke arah Keamanan dan Pembangunan Sulu dan Sabah.
Rumah Bicara atau Istana Negara Kesultanan Sulu.Jolo
Saya masih teringat satu ketika, 5 tahun lalu apabila Kesultanan Sulu Sultan Ismail Kiram seorang sahabat saya, pernah meminta bantuan khidmat saya supaya menyampaikan hasratnya terhadap kerajaan Malaysia mengenai Pembangunan Filipina Selatan dan perbincangkan soal kedaulatan serta keamanan di rantau ini.

Sebagai seorang sahabat saya diminta oleh beliau menjadi wakil khas Kesultanan Sulu secara rasmi dengan mengeluarkan satu surat Pelantikan dari Istana Rumah Bicara Maimbung, Sulu. Tempoh hari, saya sendiri pernah menemui Perdana Menteri Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) untuk menghantar surat itu bagi membincang soal pembangunan dan keamanan di rantau ini khasnya Filipina Selatan dan Sabah bagi mengekalkan keamanan dan merancakkan ekonomi pembangunan Petroleum, Pelancongan, Barter Trade dan Industri Rumpair laut kedua-dua Wilayah dengan sokongan Kesultanan Sulu yang berada di Filipina Selatan itu.

Jesteru itu marilah kita sama-sama memandang Isu Kesultanan Sulu ini dari sudut positif dan jangan ada di antara kita rakyat Malaysia khasnya di Sabah yang buta sejarah dan memandang secara prejudis serta prasangka terhadap mereka.
Laporan di blog dan internet mengenai Kesultanan Sulu yang banyak diperbincangan secara bersosial, secara ilmiah dan secara sindiran serta tidak puashati rakyat terhadap isu ini boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum di negeri ini yang mempunyai sejarah panjang dan indah di antara kita Rakyat Malaysia dan Waris-Waris Kesultanan Sulu serta Masyarakat Bajau Suluk di negeri ini.

Namun tidak kiralah ianya siapa, sama ada Bajau, Suluk, China dan lain-lain mereka yang isytiharkan diri menjadi Sultan biarlah mereka dengan dunia mereka, sementara kita rakyat Sabah dengan dunia kita sendiri.
Isu Kemiskinan, Isu Pembangunan dan Isu kedaulatan wilayah kita masih terjamin bebas dari ancaman walaupun pengisthiran Kesultanan Sulu itu dibuat dalam negara kita.

Sama ada anda Melayu, Cina, Kadazan sebenarnya kita semua adalah rakyat Sabah dalam Malaysia yang perlu menghormati aspirasi masyarakat lain seperti mana yang dibuat oleh Bangsa Taosug dan bangsa Cina terhadap Negeri ini untuk mengistiharkan diri sebagai Sultan.

Mesyarakat Kadazan Dusun mempunyai Huguan Siau (Paramount Leader), Bisaya dengan Janang Gayuhnya, Suluk dengan Sultannya, Bajau dengan Panglimanya.
Akjan Istiharkan diri sebagai Sultan -2011
Memang kita dikejutkan lagi dengan satu pertabalan Peribadi bersama 60 orang pengikutnya seorang Sultan baru di Kg. Likas Kota Kinabalu pada 4 Februari 2011.
Datu Akjan Ali Muhammad sebelum ini dikenali sebagai Akjan yang agak popular dengan kisah hidupnya yang bualan ramai. Celebriti ini yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu seperti mana yang dilaporkan oleh laman web sabahkini.net tempoh hari.

Tidak dapat dinafikan fakta dan sejarah Kesultanan Sulu yang wujud telah tertulis sebagai rujukan genarasi akan dating khasnya rakyat Sabah.
Cuma rasanya adalah lebih baik kita tumpukan pemerintahan negeri ini di dalam Persekutuan Malaysia kerana kita mempunyai seorang Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan ‘Negara’ sendiri sebagai wakil Ketua Kerajaan Negeri dalam Majlis Raja-Raja Malaysia.

Akjan yang mengisytiharkan diri sebagai Sultan Sulu, lengkap dengan Perdana Menteri dan Kabinetnya ‘Kerajaan Buangannya yang tidak Bernegara’, namun kita juga amat faham bahawa ada banyak waris Sultan Sulu menjadi Sultan atas keturunan masing-masing.

Saya harap rakyat Sabah tidak cemas dengan tindakan beliau kerana kita berada dalam satu negara yang berdaulat serta ‘Merdeka’ secara mutlak di bawah Pemerintahan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan biarlah Akjan menguruskan ‘Kerajaan Buangan’nya bersama waris Sultan Sulu yang lain.

Sultan Tousug Vs Sultan Tiong Hua (China)
Allen Wong Mei Wah Isytiharkan diri sebagai KING OF BORNEO in Land of King Kong.
Saya juga amat tertarik dengan pengisytiharan seorang Sultan di Hong Kong, China dengan dihadiri oleh Hakim Besar Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Raja Borneo Allen Wong Mei Wah yang telah diisytiharkan sebagai King Of Borneo, Sulu dan Mindanao yang lengkap dengan barisan protokolnya tempoh hari.
Untuk mengetahui secara lanjut Pengisytiharan Raja Borneo ini, sila klik MAHARAJA KING KONG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular