| Share Oleh: KREW SABAHKINI.NET PARA Pengusaha Pelancongan Bumiputera menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menukarkan segera Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Sabah, Mohd Arif Baharom kerana dikhuatiri menyalahguna kedudukannya ‘menjual’ kuota pendaratan pelancong ke Pulau Sipadan kepada beberapa agensi pelancongan yang dikuasai bangsa asing dan bukan bumiputera. Agen pelancongan asing telah menyalahguna permit masuk ke Pulau Sipadan dengan menjualkan AP (Approval Permit) kepada syarikat pelancongan bumiputera dengan harga RM520 bagi setiap kuota,” ujar Pengurus Agensi X yang meminta namanya dirahsiakan. Kata Pengurus Agensi X, mereka hanya mendapat untung kasar RM40 sahaja kerana harga pasaran bagi kuota berkenaan ialah RM560. “Celebes Explorer, Scuba Junkie dan Uncle Chang mengaut keuntungan yang berlipat ganda kerana mereka menjual kuota yang diperolehi melalui jalan rasuah, sedangkan kami terpaksa membelanjakan begitu banyak wang untuk membawa pelancong ke Sipadan. Lama-lama kami akan gulung tikar,” kata Pengurus Agensi X yang meminta penjualan kuota ini dihentikan serta merta. Menurut Pengurus Agensi X lagi, isu kuota ini mula timbul apabila berlaku pertelingkahan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dengan Menteri Pelancongan Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung insiden kemalangan tongkang yang terlanggar terumbu karang sehingga menyebabkan Majlis Keselamatan Negara mengambil alih pentadbiran pulau berkenaan dengan memperkenalkan kuota untuk penyelam. “Kami agak kecewa kerana sebuah syarikat milikan asing, Scuba Junkie turut mendapat kuota yang besar iaitu hampir separuh daripada kuota yang dibenarkan iaitu 140 penyelam sehari, namun tanpa kawalan kami dapati lebih 300 penyelam sehari menyelam di Sipadan,” dedah Pengurus Agensi X yang mendesak agar pelaksanaan sistem kuota ditarik balik. Jika MKN ingin melaksananakan sistem kuota bagi mengawal keluar masuk pelancong, sewajarnya kuota berkenaan dibahagikan sama rata kepada semua agensi pelancongan yang berdaftar dan bukannya dimonopoli oleh tiga syarikat besar milikan asing dan bukan bumiputera. Pengurus Agensi X juga menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah, terutama Menteri Pelancongan agar mendapatkan kuasa autonomi untuk mentadbir urus Pulau Sipadan yang terletak di Perairan Sabah daripada Majlis Keselamatan Negara kerana isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan telah diselesaikan di The Hague, Belanda yang memihak kepada Malaysia. |
Sunday, February 6, 2011
MKN ATAU MOHD ARIF LINTAH DARAT?
TOP Ten Minggu INI
-
Mungkin tak ramai pembaca MiLo SuaM yang kenal dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang seorang ini. Namanya Maizura...
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul...
-
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjangka jumlah kutipan zakat sehingga minggu terakhir tahun ini (2010) berupaya m...
-
from Kelab Greenboc R ahsia terbongkar KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar...
-
NUKLEAR-JEPUN Pihak berkuasa Jepun terus bertungkus lumus untuk mencegah berlakunya bencana nuklear. Air akan dicurah dari udara menggunakan...
-
S arawak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakay...
-
A hli Parlimen Teluk Intan M Manogaran (kiri) dari DAP dan aktivis MS Arjunan (kanan) yang mengadakan protes membantah novel kontroversial I...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
