Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 8, 2011

Merlimau: PAS Melaka telah lama bersedia

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Melaka telah sekian lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini.
Dalam menghadapi PRK Merlimau pula, PAS Melaka turut mempunyai harapan besar untuk menang, berdasarkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang lebih yakin dengan PAS atau Pakatan Rakyat, berbanding Umno atau BN.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar)menegaskan, untuk menghadapi PRK Merlimau, pihaknya telah pun mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.
Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya telah pun menyenaraipendekkan tiga atau empat nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Dun Merlimau bagi pertimbangan PAS Pusat.
"Kesemua nama-nama itu adalah anak tempatan Merlimau. Kami telah memutuskan memilih orang tempatan sebagai calon bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini termasuk penerimaan para pengundi di kawasan Dun Merlimau itu sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kekuatan PAS untuk menghadapi pilihanraya itu, menurut beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sebarang pihak, malah kalau hendak dikirakan dari segi sokongan, PAS sudah boleh dikatakan sudah menang walaupun belum bertanding.
"Tetapi dalam menghadapi pilihanraya termasuk di Tenang baru-baru ini, PAS tetap kalah. Kekalahan itu sebenarnya bukanlah disebabkan kekurangan undi kepada PAS daripada para pengundi, tetapi disebabkan tindakan Umno atau BN yang menipu dalam menghadapi pilihanraya," katanya.
Menurut beliau, Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya.
Dari segi kefahaman rakyat, seluruh rakyat Malaysia sendiri sudah cukup faham dengan sikap buruk Umno atau BN itu, sehingga menyebabkan orang ramai sudah tidak hairan lagi dengan kekalahan PAS dan kemenangan Umno atau BN dalam pilihanraya.
Dalam konteks Melaka, menurut beliau, rakyat Melaka sendiri turut faham dengan perkara itu, malah mereka sendiri sudah sekian lama terasa tertipu dengan permainan politik kotor pemimpin-pemimpin Umno atau BN selama ini.
"Di Melaka sebagai contohnya, Melaka dikatakan negeri maju, tetapi bagaimanakah pula dengan rakyatnya. Adakah orang-orang Melaka juga maju dan kaya raya?
"Yang kaya hanyalah para pemimpin atasan Umno atau BN, tetapi orang ramai termasuk ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN sendiri tak juga kaya-kaya sejak dulu.
"Itulah antara bukti penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini, termasuk kepada rakyat Melaka," tegasnya.
Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai termasuk para pengundi di Dun Merlimau akan lebih faham dengan penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada mereka selama ini dengan bangun mengubah sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat.
"Tetapi seperti yang dah saya cakapkan dari awal tadi, walaupun kita atau PAS mendapat sokongan yang jauh lebih tinggi dari mereka (Umno atau BN) sekali pun, dalam pilihanraya kita tetap kalah juga kerana Umno menghadapi pilihanraya dengan menipu.
"Itulah sikap mereka selama ini. Nak harapkan mereka ubah sikap supaya tak menipu atau berbohong dah tak boleh kerana itulah Umno atau BN selama ini yang perlu disedari oleh orang ramai," katanya kesal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular