Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 8, 2011

Kenyataan Media: Harap SJK(T) Seaport di Kg. Lindungan Dapat Dibina Segera

sjktseaport1
Isu pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seaport yang sebelum ini mendapat bantahan PIBG dan penduduk berikutan isu keluasan tapak telah selesai. Saya mewakili penduduk berharap agar Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dapat memulakan segera pembinaan sekolah tersebut.
Sebelum ini pemindahan tersebut tertangguh pada 2008 apabila PIBG dan penduduk membantah tapak 1 ekar yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Selepas rundingan antara PIBG, penduduk dan Kerajaan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim pada November 2010 telah memutuskan agar tapak SJKT Seaport di Kg. Lindungan ditetapkan pada 1.5 ekar.
sjktseaport2
Berikutan keputusan tersebut, Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Zulkepli Ahmad telah memanggil semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan isu ini pada Januari 2011. Saya turut hadir bersama-sama YB Dr. Xavier Jayakumar.
Dalam mesyuarat tersebut, kami dimaklumkan bahawa PKNS telah pun menyerahkan cek sebanyak RM1.2 juta pada 2008 sebagai sumbangan kepada pembinaan sekolah tersebut. Pihak JKR turut memaklumkan bahawa pelan pembinaan sekolah dengan 18 buah kelas (berbanding rancangan 10 buah kelas dahulu) sudahpun diluluskan.
Oleh itu kami berharap agar pembinaan SJKT Seaport di Kg. Lindungan dapat dimulakan segera bagi memberikan kemudahan yang lebih selesa untuk pelajar-pelajar SJKT Seaport serta membolehkan penduduk sekitar Kg. Lindungan, Desa Mentari, Desaria dan Dato’ Hormat mendapat kemudahan pendidikan yang lebih sesuai untuk anak-anak mereka.
Gambar-gambar sidang media boleh dilihat di sini.
sjktseaport3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular