Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan.
Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.
Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya, beliau memberitahu bahawa Ust Mohd Nor Deris ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno.
Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.
Guru-guru/pelajar di Universiti Malaya Nilam Puri yang membuat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengatakan pernah memboikot Mohd Nor Deris suatu ketika dahulu dengan membuat memorandum kepada pentadbir UM mengenai kelakuan buruk Mohd Nor Deris ini.
Tandatangan diambil dan dikatakan melebihi 100 tanda tangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan beliau.
Dan pernah di akhir kuliahnya suatu ketika dahulu, Mohd Nor Deris mengugut pelajarnya dengan berkata" Saya akan mencari siapa yang membuat memorandum ini dan menanda tangan ini.."
Dahulu juga Mohd Nor Deris membenci UMNO dan dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram.
Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.
Tapi hari ini, beliau telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada dia bersalam atau tidak dengan orang Umno.
Beliau bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru kini.
Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.
Tugas beliau bukanlah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru.
... inilah dikatakan ulama' sesumpah.....