Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 7, 2011

Apa Komen Pemuda Pas Terhadap Gelombang Merah?

SUDAH tiga hari projek Gelombang Merah di lancarkan oleh Mustapa Mohamed. Kalau ia diibaratkan sebuah bahtera, perjalanan dalam tempoh 73 jam itu ia sudah pun agak jauh meninggalkan pelabuhan. Semua layar merahnya sudah pun dikembangkan untuk merempuh lautan putih bagi mewujudkan Gelombang Merah, alun beralun.

Projek Gelombang Merah itu rupanya milik Pemuda Umno Kelantan. Ia mendapat sokongan padu dari Umno dewasa Kelantan. Pemuda Kelantan tidak panggil Khairy Jamaluddin melancarkan gelombang berkenaan, tetapi meminta ayahandanya, Setopa anak Setawa melancarkannya.

Mungkin Pemuda Umno Kelantan sudah perit akan sial dan majalnya Khairy Jamaluddin. Sebelum ini menjelang pilihan raya umum ke-12 Khairy melancarkan projek 18 Tahun Dah Padan Dah, yang berkesudahan Umno Kelantan yang padan muka. Projek Khairy menghina Tok Guru itu dihina oleh rakyat Kelantan.

Baik Umno hendak satu kerusi lagi untuk memerintah Kelantan, ditambah menjadi berpuluh kerusi. Atas sejarah malang dan kesialan Khairy Jamaluddin itulah maka Pemuda Umno Kelantan buat secara senyap, secara anak beranak dengan memanggil Setoapa anak Setawa melancarkanya.

Saya tenguk kecil saja banner yang dijadikan plat pelancaran. Mustapa pula pegang gunting kercil saja untuk memotong ribon bagi melepaskan beberapa buah belon. Nampak macam tidak bersungguh. Selepas itu ramai-ramai angkat tangan sambil melauangkan, entah apa tidak berapa jelas di tv. Tv pun nampak tidak berapa selera nak covernya.

Tetapi biarpun begitu projek itu jangan dipandang rendah. Ada kalangan Pas mempersendakan projek itu sebagai projek Mat Jenin. Bercakap dari luar Kota Bharu mengatakan projek itu sebagai Mat Jenin boleh, tetapi kalau berada di Kelantan apa lagi dapat menghidu masalah di dalam Pas, tidak mudah untuk mengatakan projek itu sebagai projek Mat Jenin.

Semasa saya balik Kelantan, dengar radio Kota Bharu. Juruhebah ada membuat jenaka dengan membawa kisah Mat Jenin. Katanya Mat Jenis versi Melayu akhirnya mati kerana terjatuh dari pokok kepala, tetapi Mat Jenin versi Cina hanya setakat dilempar telor oleh isterinya saja kerana berangan nak kahwin satu lagi.

Saya takut Mat Jenin disebut oleh pemimpin Pas yang berpejabat di Jalan Raja Laut terhadap projek itu sebagai Mat Jenin Cina di mana ia tidak mati tetapi setakat dilempar telor.

Sehingga kini saya belum dengar ulasan daripada pemimpin Pas Kelantan khasnya Dewan Pemuda terhadap projek berkenaan. Latif Abdul Rahman masih membisu. Apakah belum ada idea ataupun konotasi untuk menghina projek Pemuda Umno itu?

Latif tidak boleh duduk diam dalam hal ini. Beliau kena buat sesuatu bagi mengekang projek berkenaan. Lagi pun ia dilancarkan oleh Pemuda Umno, maka moleklah kalau Pemuda Pas yang menjadi penebatnya. Biarlah pemuda lawan pemuda. Kita hendak tenguk pemuda mana lebih canggih dan beridea dalam memnguakkan parti.

Baru ini Pemuda Pas beli bangunan Umno Kota Bharu. Ia dianggap satu kejayaan. Tetapi ternyata ia tidak banyak membawa perubahan dan boleh mengejutkan rakyat Kelantan. Pembelian itu tidak banyak membantu menaikan imej Pemuda Pas dan sekaligus menarik perhatian umum. Ini ternyata bila mana upacara jualbelinya dilakukan di Galas, saat pilihan raya kecil diadakan. Apabila keptusan pilihan raya kecil itu tidak memihak kepada Pas maka jelas projek membeli bangunan itu tidak banyak membawa keuntungan.

Jadi Pemuda Pas jangan berharap kepada pembelian bangunan Umno itu saja. Latif kena cari iktiar lain. Ikhtiar dan ideanya biarlah sebesar gambar beliau yang dipamirkan bersama gambar Tok Guru yang dipasang ditengah jalan di Kuala Kerai, atau di atas muka bilik Gerakan Pemuda di Galas yang lalu. Besarnya gambar Latif mengalahkan gambar calon, Zulkefli Mohamad.

Pamer gambar besar bersama Tok Guru juga tidak cukup. Latif kena cari dan gali idea lain yang boleh merangsang anak-anak muda menyokong Pas. Kalau boleh jangan jadikan Tok Guru sebagai daya tarikan tetapi fikirlah cara lain. Kalau boleh kita tunjukkan kebolehan kita sendiri, kredibiliti sendiri sebab akhirnya Tok Guru selamanya tidak boleh dijadikan umpan. Selama mana Latif atau pemimpin lain di Kelantan nak menempel gambar Tok Guru bersama?

Dalam hal ini Latif boleh berpakat dengan Setiausaha Badan Perhubungan Pas, Mohd Zaki Ibrahim. Zaki juga masih muda dan darah politiknya pun masih cair lolei lagi. Eloklah berkongsi dengan Zaki. Lagipun pengambilan Zaki untuk duduk di situ adalah untuk mentransformasikan Pas agar menjadi muda. Itu kehendak dan hasrat orang yang mengambil Zaki berada di Ibu Pejabat Pas.

Mungkin sudah lama saya tidak mengikut aktiviti Pas Kelantan maka saya tidak nampak apakah aktiviti atau projek Badan Perhubungan Pas Kelantan. Ataupun segala aktiviti dijalankan dalam internet menyebabkan ia tidak nampak pada mata kasar. Mungkinkah begitu atau tidak ada apa-apa dilakukan selain daripada mengeluarkan risalah minggu semasa Tok Guru mengajar atau sesekali mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan Umno yang hambar dan tawar serta berkadas sesama sendiri.

Badan Perhubungan kena melakukan sesuatu untuk menghadapi Gelombang Merah pemuda Umno itu. Zaki dan Latif jangan mudah terulik dengan pengecilan oleh orang Kuala Lumpur mengatakan projek GM itu angan-angan Mat Jeni. Jangan... selalunya kita akan masuk dalam jerat musuh apabila kita merasakan jeratnya sudah tidak berbingkas lagi.

Minggu depan atau sehari dua nanti hendaknya adalah projek dari Pemuda Pas Kelantan bersama Badan Perhubungan Pas yang akan dilancarkan bagi membendung Gelombang Merah itu. Buatlah apa-apa projek, Gelombang Hijau ke, atau apa-apa yang penting Pas tidak dilihat sebagai ketandusan idea untuk melakukan perang saraf ke atas Umno. Ingat berpolitik bukan saja menang jawatan tetapi ia lebih dari itu. [ttdi.kl 7:00 pm 07/02/11]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular