SABAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah semalam.
“(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu.“Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan.
“Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada di Sarawak hari ini.
“Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti).”
Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan itu, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam.
(Malaysiakini)