Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 9, 2011

Angkat sumpah Khusrin minggu depan – MB S’gor

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan membuat rombakan prosedur mesyuarat exco selepas majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Datuk Mohammad Khusrin Munawi dilakukan.

Namun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditemui enggan mengulas lanjut bila majlis itu akan diadakan.
Sebaliknya beliau berkata majlis itu akan diadakan pada minggu hadapan.
“Kita akan buat angkat sumpah beliau (Khusrin) minggu depan dan tunggu tarikhnya.
“Malah kami akan susun semula prosedur mesyuarat exco dimana akan diadakan dua mesyuarat. Beliau (Khusrin) dibenarkan hadir pada mesyuarat di mana pegawai ex-officio diperlukan.
Tugas utama Khusrin
“Manakala mesyuarat yang dihadiri exco-exco yang dilantik beliau tidak akan hadir,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK.
Ketika diminta mengulas mengenai rombakan tersebut beliau berkata ia merupakan perkara biasa memandangkan pegawai kerajaan mempunyai mesyuarat yang tidak dihadiri SUK.
“Selepas beliau mengangkat sumpah maka Khusrin boleh menghadiri mesyuarat exco yang dihadiri exco-exco dilantik,” katanya.
Dalam satu kenyataan kelmarin Menteri Besar telah memberikan tugas utama agar Khusrin memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.
Khalid juga menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
S’gor bantu bayar khidmat guaman
Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie yang berdepan pertuduhan di bawah Akta Hasutan, beliau berkata bantuan kewangan diberi untuk khidmat guaman.
Katanya, bantuan itu juga bukan hanya tertakluk kepada wakil-wakil rakyat malah kepada ketua jabatan. Bantuan ini bagi memastikan wakil-wakil rakyat dapat menjalankan tugas dengan baik dan tanpa khuatir.
“Kami bukan bayar wang jaminan tetapi bantu bayar khidmat guaman. Malah bantuan ini bukan sahaja kepada exco atau wakil rakyat kerana ketua jabatan pun kami akan bantu,” katanya. http://t.co/xU3o13W
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular