Mesyuarat Kabinet di luar Putrajaya beri manfaat – Najib
KUANTAN 9 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, mesyuarat Kabinet yang diadakan di luar Putrajaya memberikan manfaat berguna kepada kerajaan.
Beliau berkata, pada masa sama, anggota Kabinet juga dapat merasakan hubungan di antara mereka lebih intim dan mesra sebab berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain.
"Kita buat (mesyuarat di luar) dari semasa ke semasa, tak ada sesuatu ketetapan atau kekerapan dan ikut kepada keadaan.
"Kita dapati mesyuarat di luar ada gunanya, maknanya kita dapat melihat keadaan di negeri berkenaan dan dapat peluang mendengar perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini.
Katanya, pada mesyuarat kali ini, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi taklimat untuk gambaran yang lebih jelas mengenai pembangunan dan juga permasalahan di negeri berkenaan.
Katanya, mesyuarat Kabinet di luar Putrajaya juga disusun dan digabung dengan program lawatan ke sesuatu kawasan bagi melihat perkembangan di peringkat lapangan. – Bernama
Komen Aku.. Agak-agak menteri-menteri, pemandu, pengawal peribadi, pegawai khas menteri, yang terlibat serta,, mereka ni ni semua buat claim ke tak... berapa banyak lagi duit rakyat lingkup manfaat ke depa..