Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 17, 2011

Umno tak mampu rampas Kedah

"Masalah ini kerap berlaku dalam pimpinan Umno. Apabila ada orang lain hendak naik, maka yang tidak dapat naik akan cuba mencantas yang hendak naik. Manakala apabila ada orang yang tidak naik mendapat kenaikan, maka yang lain pula akan mencantas yang ini.

"Sikap buruk ini, sepatutnya tidak menjadi amalan dan dihapuskan sekiranya Umno dan BN ingin merampas kembali kerusi yang terlepas dalam pilihan raya umum yang lalu, " kata Mahathir kepada media Jumaat lepas.

Kenyataan Mahathir itu memberi satu pukulan kepada pimpinan Umno sekarang yang bercita-cita tinggi untuk merampas kembali Kedah dari tangan PR.

Jelas memberi satu signal, Umno belum mampu untuk merampas kembali Kedah dari PR kerana pimpinan Umno sedang bercakaran sesama sendiri sehinggakan wujudnya cantas-mencantas antara mereka. Budaya ini dilihat oleh Mahathir sebagai amalan turun-temurun dalam Umno tidak kira pimpinan atau pun bawahan.

Kenyataan mantan PM itu dilihat kesinambungan daripada perlantikan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Pengerusi Umno Kedah baru-baru ini.

Ia akibat daripada ada pemimpin Umno Kedah yang tidak berpuas hati dengan perlantikan itu dan ada yang mendakwa, perlantikan itu ada campurtangan daripada beliau sendiri namun ianya dinafikan mantan PM itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular