Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 17, 2011

SETIAUSAHA PERSEKUTUAN TIDUR DI SIANG HARI?


Saudara Pengarang,
PEMBUKAAN Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Putrajaya di Teluk Likas bukan sahaja menyusahkan orang awam untuk berurusan kerana terletak jauh daripada Pusat Bandar, malah mencemarkan imej Kerajaan Persekutuan kerana terlalu banyak ‘Hanky Panky’ berlaku.

Sejak siap dibina, jubin dinding kompleks berkenaan terkopek dan membahayakan orang ramai sehingga dibina semula dengan menggunakan kaedah lain; menunjukkan Setiausaha Persekutuan cuba untuk menyorok segala kepincangan kerajaan dalam penganugerahan kontrak secara ‘rasuah’.

Kini, keadaan semakin bercelaru kerana Pusat Pentadbiran Persekutuan seperti Pasar Rakyat kerana orang perseorangan menyediakan khidmat mengisi borang, bergambar dan menawarkan perkhidmatan menanya ke sana ke mari; menjadi agen mengurus itu dan ini dengan memaksa pelanggan secara tidak sopan.

Mereka ini sangat mengganggu pemandangan dan mencalar imej pentadbiran terutama kepada pelanggan, tetamu dan juga pelancong. Jesteru itu sebagai pelanggan yang sering berurusan kami meminta jasa baik Setiausaha Persekutuan Sabah agar tidak tidur di siang hari dengan menyelesaikan isu ini agar persekitaran lebih kemas dan rapi dengan kerjasamaerat Pengarahg Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah serta Penyelia Bangunan berkenaan.
Salam Hormat,

ANTI KECELARUAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular