Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 17, 2011

BANGSA BRUNEI, DI MANA KAMU?


Oleh: ISMAILY BUNGSU
SAYA memang suka berbicara soal bangsa, sebab bangsa itu harus dibangunkan kalau mahu melihat bangsa sendiri maju dan tentu saja agama nombor wahid dalam hidup ini.

Bila berbicara hal bangsa Brunei alias suku Brunei, maka saya bertanya semula di mana letaknya maruah bangsa Brunei dalam Kabinet BN Sabah sekarang ini? Apakah bangsa Brunei itu dipandang oleh UMNO atau dipinggirkan semacam najis?


Siapa saja yang mewakili bangsa Brunei dalam Kabinet Negeri Sabah? Sampai bila akan jadi demikian? Kenapa Kabinet Sabah enggan menggunakan Peruntukan 6 Adun Lantikan yang sah menurut Perlembagaan Negeri dengan melantik bangsa minority dna NGO untuk memastikan semua suku kaum terbela?

Suku/bangsa lain semuanya ada tempat, malah yang kecil jumlahnya seperti Bisaya, Kadayan dan sebagainya telah mendapat tempat, namun bangsa Brunei yang mengangkat UMNO sehingga berkuasa ditinggalkan dan malah tidak ada nama dalam Kabinet Negeri Sabah.

Kalau adapun dahulu hanya dilontar menjadi tukang jaga ikan di laut yang tidak lagi berikan dan Datuk Rahim Ismail tahu dan arif kenapa dia dilontar ke laut dan tidak duduki menteri lagi.

Baru-baru ini ada juga ura-ura, Datuk Yusuf Datuk Kassim diramal jadi TYT, tetapi kesannya sudahpun menteri kabinet tidak ada, lalu mahu jadi TYT juga tertolak ke tepi. Sungguh malang nasib bangsa Bruneiku ini, tetapi terus juga mengundi BN yang dikatakan mereka menyelamatkan mereka. Cukup kesian bangsa Brunei.

Apa kesannya? Bangsaku Brunei ini terpaksa ‘MENGINTU’ (meminta-minta) daripada menteri suku Bajau, Dusun, Bisaya, Kedayan dan sebagainya yang tidak sepatutnya demikian. Akhirnya kala ketemu mereka, cium tangan peluk tubuh YB suku berkenaan dan maruah Brunei terpelenting jauh ke dalam parit dan hilang bila malam tiba.
Kesian!

ISMAILY BUNGSU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular