Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

Rakaman audio bukti Persatuan Kontraktor Melayu memohon maaf kepada kerajaan P.Pinang


Penulis sedikit pun tak hairan jika benar laporan kontraktor Melayu PP ini 'membetulkan' balik kenyataan media kerajaan negeri bahawa mereka hanya meminta maaf dlm isu tertentu, bukan terhadap semua tuduhan selama ini..

Penulis juga tidak tekejut andai selepas ini mereka tiba2 membatalkan atau menarik balik kesemua permohonan maaf terdahulu...penulis yakin, selepas persitiwa permohonan maaf itu, persatuan ini telah menerima tekanan dan mungkin ugutan dari pihak2 tertentu kerana telah memalukan imej Umno dan akhbarnya..

Fitrah bila yang tertinggi (Umno/BN) memegang kuasa..mereka punyai kuasa, mereka mempunyai jentera, mereka punya segalanya...tapi rakyat bijak menilainya..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Lanjutan artikel terdahulu, "GEMPAR: Kontrator Melayu minta maaf, tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng!..(video inside)"....

Kontraktor Melayu minta maaf ada rakaman video

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbarnya memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya berbuat demikian dalam akhbar arus perdana semalam.

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkannya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pada 7 Januari lalu, Fadzil dengan rombongan telah berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Lim dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, Kontraktor Melayu Pulau Pinang acapkali mengeluarkan kenyataan pedas kononnya kerajaan pimpinan Lim menafikan projek untuk orang Melayu sedangkan pada tahun 2008 hingga 2010 sebanyak 18 projek melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran diperolehi oleh Melayu melibatkan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu bukan Melayu. - HD

Popout

Sementara Malaysiakini melaporkan...

Putar belit permohonan maaf, Fadzill dibidas

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri kerana memutar-belitkan kata-katanya berhubung permohonan maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Pengerusi, jawatankuasa perdagangan dalam negeri, pengguna dan agama, Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata presiden persatuan itu, Datuk Muhamad Fadzill Hassan menggunakan media bagi memutar-belitkan kata-katanya dengan berkata ia hanya dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain dengan kerajaan negeri.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung kemudiannya menunjukkan kepada wartawan rakaman audio yang dengan jelas menunjukkan Fadzill memang membuat permohonan maaf dengan menarik semula kenyataan awalnya ke atas kerajaan negeri.
Cakap tak serupa bikin

"Ini menunjukkan dengan jelas jenis orang ini,” katanya.

Ditanya, tindakan yang bakal diambil ke atas Fadzill jika beliau tetap dengan ulasannya, Lim yang juga hadir pada sidang media di Komtar itu berkata adalah sukar berurusan dengan orang yang "cakap tak serupa bikin."

Katanya, dengan berbuat demikian, Fadzill menunjukkan bahawa permohonan maafnya itu tidak ikhlas.

"Mungkin dirinya sendiri keliru... mungkin juga dia disalah-petik oleh akhbar,” katanya.

"Kita akan biarkan beliau membuat keputusan dan menjelaskannya.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," kata Lim sambil menambah bahawa Abdul Malik akan menghubungi timbalan Fadzill untuk perbincangan lanjut.

Ahad lalu, Bernama melaporkan permohonan maaf PKMMPP pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini

"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," Fadzill dipetik berkata kepada pemberita.

Cerita sebaliknya

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, PKMMPP seringkali mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan pimpinan Lim dengan dakwaan kontraktor Melayu seringkali dinafikan projek.

Namun perangkaan yang dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan cerita yang sebaliknya.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2010, 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh kontraktor Melayu dengan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu kepada bukan Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular