KOTA BHARU: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap cadangan kerajaan untuk meneliti pelaksanaan subsidi kerajaan berjumlah lebih RM10 billion, memandangkan rakyat akan menghadapi kenaikan harga barang yang lebih berganda pada masa akan datang.Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa, berkata kebiasaannya rakyat akan menghadapi kenaikan harga barang keperluan harian apabila subsidi itu diteliti semula. Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi adik Muhammad Shakir 14 bulan yang menderita akibat tiada lubang najis sejak ianya dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll di sini petang tadi. Kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang berkata, Jabatan Perdana Menteri akan berbuat demikian bagi memberi impak yang besar kepada rakyat. Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, barangan keperluan seperti minyak, gula, gas memasak dan lain-lain akan naik harga berlipat kali ganda selepas kajian semula terhadap subsidi. "Bulan Disember lalu empat kali kenaikan harga barang berlaku termasuk kenaikan empat dalam satu, iaitu minyak, gula, gas dan minyak masak. "Selaras dengan itu kos hidup rakyat semakin membebankan, apa lagi awal tahun ini rakyat telah menghadapi kenaikan harga barang yang semakin teruk terutama bawang putih yang meningkat kepada 62 peratus. "Harga gula dijangka akan meningkat lagi berikutan Brazil pengeluar gula akan menaikkan harganya berikutan banjir besar yang melanda negara itu baru-baru ini,"ujarnya. Sambungnya, alasan kerajaan kononnya harga barangan terpaksa dinaikkan kerana negara ini terikat dengan terbuka mengikut pasaran antarabangsa. Namun bagaimanapun, tambahnya kerajaan tidak pula mengikut harga pasaran kereta negara sebagaimana yang dijual di peringkat dunia yang jauh lebih murah berbanding yang dijual kepada rakyat di negara sendiri. Sehubungan itu, beliau menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, memansuhkan perkara ini kerana ianya membebankan rakyat. Katanya, sekiranya harga barangan keperluan harian diguna pakai ikut pasaran dunia, kenapa pembelian kereta pula tidak dibuat sedemikian. "Kerajaan perlu selaraskan perkara itu, jangan hanya guna pakai sistem yang menguntungkan pemimpin kerajaan semata-mata hingga membebankan rakyat,"ujarnya lagi.
|
Monday, January 17, 2011
TOP Ten Minggu INI
-
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008 yang men...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...
-
Oleh: MUTALIB M.D
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
When Communication and Culture Minister Dr Rais Yatim revealed that eighty-four percent of Malaysians understood the 1Malaysia concept, woul...
-
Pemimpin datang......pemimpin pergi.....itu adalah fenomena biasa dalam politik.....yang pentingnya dasar perjuangan jangan berubah seperti ...
-
KENYATAAN MEDIA RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL (2 April 2011)
-
Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni? Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
KOTA BHARU: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap cadangan kerajaan untuk meneliti pelaksanaan subsidi kerajaan berjumlah lebih RM10 billion, memandangkan rakyat akan menghadapi kenaikan harga barang yang lebih berganda pada masa akan datang.