PAS Kawasan Batu terus menyifatkan TPM, Muhyiddin Yassin sebagai "munafik" dan hipokrit apabila enggan menunaikan janjinya untuk membina Sek. Keb. Sri Perak di tapak asal projek berkenaan yang dibatalkan tanpa sebab dua tahun dulu, tegas Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin.
Katanya, menjelang PRK Parlimen Batu yang diura-urakan, Februari tahun lalu, Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran telah menerjah sekolah di bawah Flat Seri Perak 17 tingkat milik DBKL ini, di Bandar Baru Sentul dan mengumumkan akan meneruskan pembinaan sekolah berkenaan. Terjahannya sempena Program Umno-BN "Juara Rakyat" di kawasan itu.
"Tidak lama kemudian pagar projek zink berwarna biru didirikan dan masih ada sehingga sekarang. Tetapi, dalam tinjauan PAS Batu kepada pihak sekolah, mereka pun tidak tahu sama ada sekolah itu akan dibina ataupun tidak. Tiada maklumat," ujar beliau kepada Sanggahtoksago.Com petang tadi.
Apa yang jelas, pembatalan kali pertama tanpa sebab dulu, membuktikan sikap "munafik" Umno-BN dalam membela nasib orang Melayu. Hanya berpura-pura. Sedangkan mereka tahu ada anak-anak Melayu belajar di bawah flat itu dan sekjolah tersebut bukannya sekolah swasta tetapi milik kerajaan penuh.
"Dengan persekitaran yang teruk. Bunyi bising. Tiada padang permaianan dan macam-macam kekuarangan yang tidak sepatutnya. Kata sahaja negera maju tetapi di tengah-tengah Kuala Lumpur masih ada sekolah kerajaan hidup di bawah flat 17 tingkat," kata Rosden Yassin, Bendahari PAS Kawasan Batu.
Katanya, PAS yakin Muhyiddin tabur janji itu sebab ada ura-ura PRK Batu. Selepas mahkamah membuat keputusan mengejut, rancangan atau janji Muhyiddin itu hanya tinggal janji semata-mata.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam