Juru - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di sebalik kepesatan pembangunan masa kini, masih ada insan yang hidup dalam kemunduran dan dihimpit kemiskinan. Di sini timbul satu persoalan, di manakah letaknya laungan rakyat didahulukan?
Rahmat Eusoff,47, merupakan antara rakyat yang dahagakan bantuan daripada kerajaan dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga.
Difahamkan, rumah yang dibina itu adalah hasil bantuan rakan-rakan PAS dan Pakatan Rakyat, manakala tapaknya diberikan kebenaran oleh tuan tanah berbangsa Cina yang prihatin tanpa meminta walau sesen pun.
Rahmat ketika ditemui berkata, kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Dia yang tidak mampu bekerja lagi setelah disahkan menghidap penyakit jantung, hanya bergantung kepada isteri yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga.
“Memang sedih setiap kali mengenangkan nasib yang menimpa, tambahan melihat isteri yang terpaksa menguruskan semua perkara, termasuk mencari rezeki yang sepatutnya menjadi tugas saya.
“Saya memang tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana lagi, hanya terperap di dalam rumah sahaja. Dahulunya, saya bekerja sebagai pemandu bas henti-henti, tetapi, berhenti pada 2001 lalu ekoran kerapkali pengsan. Saya bimbang terus bekerja, saya bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku,” katanya yang baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung pada 6 Januari lalu.
Rahmat berkata, tanda-tanda awal sakit sudah dirasai sejak tahun 2000 lagi, namun hanya dianggap sakit-sakit biasa sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit jantung pada 2008.
Dan, sejak itu katanya, isterilah yang mengambil alih tugas mencari rezeki sebagai pembantu di sebuah pusat penanaman cendawan di Kampung Telok, Bukit Minyak. Itu pun hasil belas ihsan seorang tauke Cina yang bersimpati dengan nasib menimpa mereka.
Menurutnya, pekerjaan itu dilakukan isteri bersama anak kedua mereka, Nor Surati, 19, yang terpaksa mengorbankan zaman remajanya demi membantu mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga.
Tambahnya, dengan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan RM300 sebulan yang diperoleh sememangnuya tidak mencukupi menyebabkan mereka terpaksa makan ala kadar sahaja.
“Makan nasi berlaukkan kicap dan gula merah sudah menjadi kebiasaan kami. Terputus bekalan makanan pun ada. Tetapi, kadangkala nasi bungkus dibeli di kedai jika isteri tidak sempat masak. Itupun satu bungkus berharga RM5 dikongsi bersama.
“Walaupun terpaksa menghadapi kehidupan yang sukar, tetapi, kami reda dan bersyukur dengan apa yang ada. Anak-anak juga mengerti dan tidak sesekali merungut,” katanya.
Dalam pada itu, Normah berkata, dia rela berkorban walaupun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya beban yang terpaksa dipikul.
Ujarnya, selagi nyawa dikandung badan, dia tidak akan berputus asa, sebaliknya akan berusaha meskipun perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
“Saya akui, dengan wang sebanyak itu tidak cukup, tambahan anak bongsu masih menyusu. Tetapi, beban itu ringan sedikit kerana anak keempat dan kelima yang bersekolah di tingkatan tiga dan tahun satu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 untuk persekolahan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan penghulu kawasan telah pun datang melawat keluarga Eusoff, sehari selepas kedatangan Sinar Harian ke sana.
Bantuan untuk membina rumah baru akan diuruskan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga berkenaan.
Terdahulu, wakil rakyat kawasan Adun Bukit Tengah YB Ong Chin Wen telah menyampaikan bantuan sebanyak RM1,500.00 kepada encik Rahmat untuk menampong kos pembedahan jantongnya.
Inilah sumber rezeki mereka mengambl upah masukkan 'sponge' ke dalam bekas semaian benih cendawan. Satu raga baru dapat upah RM1, tiga raga seperti ini dapat upah RM3.00 sahaja.
Pengerusi JKKK Kg Sekolah Pak Yusoff yang prihatin, menurut encik Rahmat, beliau akan datang selang sehari untuk menjengok mereka dan bertanyakan khabar dan membantu sekadar termampu.
Sharpshooter membawa Penghulu Kawasan Encik Fuad meninjau sendiri keadaan rumah mereka dan Penghulu bersetuju untuk membina sebuah rumah baru menggunakan peruntukan UPEN. Amat berharap agar YB Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Batu Kawan akan menyokong dan mempercepatkan proses tersebut.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
sharpshooter