Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 18, 2011

AMK tunggu respons Pemuda Umno debat isu 100 hari PR



Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, surat rasmi untuk cabaran debat telah dihantar ke pejabat Pemuda UMNO Rabu lalu.

”Kami telah menghantar surat itu pada 12 Januari lalu ke pejabat Pemuda UMNO, namun setakat ini masih belum ada maklum balas.

”Kami ingin menjelaskan dasar kami, apa yang kita lakukan adalah bukan untuk soal peribadi mahupun publisiti. Dasarnya itu antara Pemuda UMNO dan PKR, tidak ada orang lain," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan kepimpinan baru AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.

Shamsul berkata, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah dipilih untuk debat bersama Khairy tentang masalah tersebut.

”Masalah perdebatan adalah serius, jika Pemuda UMNO tidak memberi jawapan, AMK akan menganggapnya sebagai tanda bahawa tidak ada seorang pun dalam Pemuda UMNO bersedia untuk debat dengan kami,” katanya.

Shamsul berkata, sekiranya Pemuda UMNO sedia berdebat, AMK bersedia menyiapkan pentas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai tempat perdebatan. :

Sementara itu, Shamsul berkata, jawatan bagi ketua-ketua AMK negeri hanya akan diumumkan Jumaat depan.

“Nama-nama yang dicadangkan itu menerusi lantikan yang dibuat hari ini (semalam) akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan Rabu ini.

”Kita akan umumkan senarai pelantikan Ketua AMK untuk setiap negeri Jumaat ini selepas mesyuarat biro politik yang diadakan setiap Rabu,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, AMK akan membuka sebuah bilik gerakan khusus bagi membantu Pas dalam menghadapi PRK DUN Tenang, khususnya bagi menarik sokongan golongan muda.

Katanya, seramai 100 petugas akan ditempatkan sepenuh masa dari 22 hingga 30 Januari ini dengan menumpukan kepada tiga kawasan iaitu Labis, Ladang Bukit Datuk dan Labis Utara.

“Sewaktu proses ini, AMK telah masuk ke kawasan asal di DUN Tenang dan berjaya menarik sokongan golongan muda dan penubuhan rantingnya akan dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Menyentuh isu novel Interlok, Shamsul berkata, kepimpinan delegasi akan dihantar berbincang dengan penulis novel itu, Datuk Abdullah Hussain.

“Diharap dengan dialog bersama Sasterawan Negara itu dapat merungkai masalah dan pandangan tanpa perlu mendengar pandangan pihak lain,” katanya. -SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular