Majalah Vouge Tawar Victoria Beckham Beraksi Bogel
BEKAS ahli kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham, sedang mempertimbangkan tawaran editor majalah Vouge, Anna Wintour, untuk menjadi model muka depan majalah tersebut tanpa berpakaian.
Menurut sumber kepada majalah Britain, Star, Victoria yang juga merupakan pereka fesyen itu seperti bersetuju untuk menayangkan tubuhnya yang sedang mengandung anak keempat itu.
"Mengenali Victoria, dia gemar bergambar dengan aksi-aksi unik. Memang berbogel di muka depan majalah Vouge seperti tidak sesuai tetapi saya percaya krew yang dipertanggungjawab untuk mengambil gambar Victoria tanpa pakaian mampu kelihatan seperti fesyen.
"Lagipun ramai yang mahu melihat gambar Victoria dengan aksi-aksinya yang unik. Tambah pula dia juga merupkan seorang ikon fesyen. Tidak salah rasanya bergambar bogel di majalah itu, ia pasti tampak lebih artistik," katanya.
Jika Victoria benar-benar menerima tawaran Anna, dia akan mengikut jejak langkah Demi Moore yang pernah beraksi bogel untuk muka depan majalah Vanity Fair pada tahun 1991 ketika mengandungkan anak perempuannya, Scout.
"Walaupun Victoria belum menandatangani tawaran tersebut, dia akan memastikan gambar-gambarnya yang bakal diambil itu menampakkan dia merupakan wanita mengandung paling seksi di dunia.
"Ini sekaligus dapat melonjakkan namanya dalam industri fesyen nanti," tambah sumber itu.
Bagaimanapun, Victoria ingin beraksi sendirian tanpa kehadiran suaminya, David Beckham
http://bit.ly/dZvuh6
http://bit.ly/dZvuh6