Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 8, 2011

Undang-Undang 1malaysia dah jadi caca merba..?bukan saya kata...tapiii

Kajian: Kedaulatan undang-undang semakin buruk
Kedaulatan undang-undang di Malaysia menjadi semakin buruk tahun lepas, demikian menurut kajian yang menyenaraikan kedudukan 16 negara Asian mengikut tahap kebebasan masing-masing.

azlanLaporan Petunjuk Kebebasan Asia 2010 juga memberikan lebih markah kepada Malaysia daripada aspek kebebasan badan kehakiman, dengan 5.3 mata berbanding hanya 3 pada 2009.

Bagaimanapun, ia menyatakan kebebasan mahkamah masih kuat dipengaruhi kerajaan melalui badan eskekutif.

Daripada skala 1 sampai 10, Malaysia juga terus teruk dalam melindungi hak asasi manusia yang jatuh menjunam daripada 5 mata pada 2009 kepada 1.72 mata pada 2010.

Laporan itu mengukur kebebasan daripada perspektif liberal dan mengumpulkan data daripada index yang dihormati yang memberi kesan kepada kepercayaan liberal.

Dikeluarkan oleh Yayasan Friedrich Naumann untuk Kebebasan (FNF) yang berpengkalan di Jerman, ini merupakan edisi kedua laporan tahunan yang dikeluarkan sejak 2009.

Laporan itu turut menyatakan "kekurangan yang hebat dari segi perlindungan hak asasi" di Malaysia, merujuk kepada pelaksaan hukuman bunuh dan penghukuman berdasarkan orientasi seksual, dengan menyebut perbicaraan kes Ketua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular