Sisters in Islam(SIS) memang tidak layak untuk memperjuangkan pekara pekara yang berkaitan dengan hukum Islam kerana salah seorang dari pemimpinnya yang popular dan sering bersuara berani adalah seorang wanita (bukan lagi gadis sekalipun tidak pernah berkahwin) yang pernah melakukan dosa besar, bersekedudukan dengan seorang lelaki yang tidak lagi menjadi rahsia di kalangan ramai terutama para wartawan.
Oleh kerana dia tidak takut kepada ajaran Islam dan berpegang kepada fahaman liberalisme Barat maka dia sanggup bersekedudukan secara haram dengan seorang lelaki tanpa nikah. Dia telah melakukan zina tanpa takut atau mempunyai rasa bersalah semasa usia mudanya.
Maka tidak heranlah jika sekiranya dia sekarang bagitu ghairah mempertahankan hukuman sebat dari dijalankan keatas Kartika Sari Dewi kerana minum arak kerana dia sendiri telah melakukan dosa yang lebih besar dari Kartika, yang sekiranya menurut hukum Islam mesti direjam dengan batu tetapi nasibnya lebih baik kerana dia pandai makan dan pandai simpan.
Bagaimanapun sekarang sudah sampai masanya untuk seluruh NGO Islam di negara ini mencabar wanita yang biadap terhadap Islam ini untuk tampil kemuka supaya bersumpah di masjid bahawa dia tidak pernah bersekedudukan dengan seoarang lekaki yang terkenal semasa usia mudanya.
Pemimpin pemimpin Sisters in Islam sendiri boleh menjalankan siasatan dalam kes ini untuk menyingkirkan wanita ini supaya nama SIS bersih kecuali SIS juga mengharuskan bersekedudukan tanpa nikah.Sumber yang boleh mengesahkan pekara ini boleh dicari di NST.
14 NGO bukan kerajaan Islam di Pahang tidak seharusnya hanya menuntut supaya Sisters In Islam menarikk balik kenyataan mereka kerana mendakwa hukuman itu kejam tetapi hendaklah meminta siasatan dibuka terhadap kelayakan dan kedudukan setiap pemimpin pertubuhan itu dari segi kemurnian akhlak mereka dan juga pengetahuan agama mereka.
Bolehkah mereka memakai nama Islam sekiranya diantara mereka adalah orang yang tidak
bermoral dan percaya kepada kebebasan sex di luar nikah?
Suatu masa dahulu mereka telah cuba menarik anak perempuan Perdana Menteri Abdullah Badawi Nuri iatu isteri kepada Khairi untuk terlibat dalam perjuangan pembebasan wanita Islam bersama mereka.
Oleh kerana kurang sensitif maka Abdullah hanya membiarkan sahaja tetapi pada masa itu amatlah merbahaya kepada Imej Perana Menteri negara Islam dan Imej umat Islam sendiri.
Soalnya sekarang kenapakah hukuman terhadap Kartika di lewatkan. Jalankan hukuman habis cerita dari membiarkan Sisters in Islam dengan menggunakan nama Islam menjadikannya suatu isu yang berpanjangan untuk mencemarkan Islam di negara ini.
Hukuman itu yang telah dijelaskan sebenarnya lebih bersifat untuk memalukan dari menderakan. Bukan seperti sebatan terhadap banduan dipenjara.
Perdana Menteri Datuk Sri Najib yang juga agak liberal janganlah terpengaruh dengan SIS yang sebenarnhya tidak mempunyai pengaruh tetapi menjadi alat kepada liberalisme Barat.