Laporan Malaysian Insider tidak tepat, N Surendran mahu diperbetulkan
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran kesal kerana laporan laman web Malaysian Insider tentang mesyuarat mengenai kaum India tidak tepat dan mengandungi kesilapan yang serius.
Malaysian Insider dalam laporannya semalam bertajuk “Anwar in bid to win back Indian support” yang diterbitkan semalam melaporkan antara lain Surendran dalam sebuah mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditugaskan membentuk jawatankuasa untuk mengkaji rungutan dan sungutan orang India dan isu membawa masuk Uthayakumar.
Menurut Surendran, laporan itu tidak berasas kerana perkara yang dilapor tidak pernah berlaku.
“Saya tidak pernah ditugaskan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada tiga orang untuk mengkaji rungutan dan sungutan orang India.
“Mesyuarat tertutup yang dilapor dalam berita tersebut tidak pernah membincangkan cadangan untuk berbincang dengan pengasas Hindraf, P Uthayakumar.
“Malahan,laporan bahawa Anwar akan membawa ‘isu Uthayakumar’ kepada pimpinan PAS dan DAP juga tidak benar.
“Semua perkara itu tidak pernah diputuskan dan ia juga tidak pernah dibincangkan,” kata Surendran.
Sehubungan itu, Surendran berharap laman web berkenaan membetulkan laporan tersebut.
Mengulas lanjut, kata Surendran, masalah yang dihadapi sebahagian komuniti India yang dipinggirkan serta komuniti lain sentiasa menjadi keutamaan untuk KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.
Ia juga berpunca daripada pengabaian terbuka serta sikap tidak ambil peduli Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.
“Walaupun usaha sudah dilakukan kerajaan negeri Pakatan untuk menyelesaikan masalah ini, perubahan menyeluruh hanya dapat dilaksana jika Kerajaan Persekutuan komited dengan azam politik dan sumber fiskal mereka dalam usaha ini,” kata Surendran.
InsyALLAH ADMIN akan Kemaskini kan di [ SINI ] mulai hari Penamaan Calun, Tempoh berkempen dan hingga PengISTIHARAN pemenang Bagi N.27 DUN MERLIMAU
Sila KLIK "LIKE" Sekarang... di LINK [ PAGE Rasmi unt Isu2 Semasa serta INFO PRK & PRU