| Mohd Nor Yahya |
| KOTA BHARU, 9 Feb: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu. Menurut Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata. Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama. “Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik. "Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia. "Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi. Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini. “Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. - http://bit.ly/hiADKC |
Wednesday, February 9, 2011
Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Ketika singgah membeli Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru beberapa malam yang lepas,penulis tertarik dengan dua helai kain rentang yang...
-
-
S arawak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakay...
-
Satu pendedahan bagaimana pemilik tanah asal diperbodohkan oleh Taib Mahmud dan Kroninya hingga tanah bertukar milik akhirnya ..Eksklusif da...
-
Terkejut kami apabila mendapat berita bahawa 8 pelajar sekolah rendah di Sekolah Rendah Bukit Bandaraya ,Bangsar dikejarkan ke Pusat Perub...
-
from Kelab Greenboc R ahsia terbongkar KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar...
-
Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenj...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
-
-
Majlis Perbandaran Selayang menafikan dakwaan bahawa pihak mereka telah sewenang-wenangnya menurunkan banner gergasi berukuran 15 x 20 (gam...