Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 19, 2013

Panas!!! Isu pemberian tanah kepada ADUN PAS, Mad Said kena KELENTONG!!!

Isu ni dah dijawab oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu pada tahun 2012... tapi dikitar semula oleh Mad Said ...
Isu Tanah - Mad Said DiKelentong Maklumat Tidak Betul Tuduh Bekas ADUN

Kesian kepada Mad Said.

Ada orang berinya maklumat palsu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasinya sebagai Menteri Menteri Besar.

Malah, dengan membuat kenyataan dan tuduhan palsu di khalayak ramai apalagi menuduh seseorang yang juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) juga berdepan dengan saman. Sebelum ini Mad Said sedap-sedap saman orang, apakata kalau orang yang dituduh dan difitnah itu menyamannya pula?

Segala-galanya ini berkaitan tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan PAS kepada bekas ADUN Ladang.

Semalam PAS Terengganu menafikan dakwaan Menteri Besar itu bahawa parti itu pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya sewaktu memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan, parti itu hanya meluluskan permohonan tanah yang dibuat menggunakan nama syarikat, bukan atas nama wakil rakyat seperti yang didakwa.

Individu yang dimaksudkan ialah Adun Ladang ketika itu, Dr Sulaiman Abdullah.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat memohon tanah untuk mengusahakan tanaman limau madu di Lembah Sitrus, Durian Mentangau.
Siapakah yang memberikan maklumat tidak betul dan menyeleweng itu? Atau apakah ada gerakan mahu memalukan Mad Said dengan maklmat sedemikian.

Ambe ada baca dalam teganukita, yang menyebut mengenai pemberian tanah seperti di atas. Ia kononnya jawapan kepada PAS.

Kesian Mad Said. Teganukita tu katanya akhbar rasmi kerajaan negeri yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Negeri. Siapa ketuanya sekarang Ambe tak tahu!

Tapi lebih kurang beginilah bunyi berita itu:

“PAS Terengganu barangkali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.Mereka yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir. Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang.Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.”

Jadi amat jelas sekali, seperti kata Abdul Wahid, tidak timbul PAS bagi tanah kepada individu. Beliau (Dr Sulaiman) pohon atas nama syarikat.

"Ketengah luluskan permohonan syarikat lain tapi syarikat beliau ditolak pada hal peringkat jawatankuasa Ketengah dan jawatankuasa pertanian negeri dah luluskan tapi Exco Umno ketika itu tolak.

"Lepas tu bila PAS perintah kita kata tak adil orang lain lulus tapi dia tak lulus sedangkan syarikat beliau berpotensi," kata Abdul Wahid ketika ditemui di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Dipetik Harakahdaily, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tindakan PAS ternyata berbeza dengan cara Umno memberi tanah kepada wakil rakyatnya sekarang.

"Fakta dan senario berbeza. Dia mohon atas nama syarikat dan sebelum menjadi wakil rakyat untuk majukan pertanian di bawah Ketengah," katanya.

Abdul Wahid bagaimanapun berkata, beliau akan meminta Dr Sulaiman sendiri membuat sidang media bagi menjelaskan dakwaan itu.

"Saya juga akan terus dedahkan nama wakil rakyat Umno yang menerima tanah," katanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular